PHS Automotive Malaysia (PHSAM) hari ini mengumumkan penambahan Pakej Jaminan Audi (Audi Assurance Package, AAP) sebagai ciri standard pada model A3 Sedan dan Q2 yang dibeli daripada pengedar sah Audi di seluruh negara.
Berkuatkuasa pada 1 April 2023, harga runcit cadangan untuk A3 Sedan adalah RM325,990
seunit, manakala Q2 S Line ditawarkan pada harga RM275,990.
AAP menawarkan pembeli dengan pilihan penyelenggaraan selama 3 tahun, merangkumi
servis yang dijalankan sepanjang penyelenggaraan berkala mengikut garis panduan
pengeluar. Sementara jaminan pengilang pula dilanjutkan dari 2 kepada 5 tahun.
Pakej yang ditambah baik ini merupakan bukti usaha berterusan Audi dalam menyediakan
pengalaman pemilikan dan servis yang lebih baik kepada pelanggannya.

Penyelenggaraan berkala, pemeriksaan oleh juruteknik terlatih dan pembaikan menggunakan alat ganti tulen akan membantu kenderaan beroperasi dengan lancar, sekali
gus memberi kemudahan kepada pemilik.
Audi A3 Sedan dikuasakan oleh enjin 2.0 liter TFSI yang mampu menjana kuasa 190PS dan
tork 320Nm. Dengan reka bentuk yang lebih maskular dan berotot, A3 Sedan memberikan
penampilan serba baharu.
Bahagian hadapannya didominasi oleh Singleframe besar dengan gril sarang lebah yang disempurnakan lagi bersama lampu utama. Ia juga hadir dengan ruang kabin yang menarik – lebih luas berbanding sebelumnya dan bahagian dalaman menggabungkan aspek kemewahan dengan teknologi terkini.
Ciri-ciri seperti kokpit maya Audi, paparan sentuh MMI navigation plus bersaiz 10.1 indi dan
perkhidmatan Audi connect plus hadir sebagai standard. Manakala Audi Q2 1.4-litre TFSI ialah sebuah crossover mewah subkompak yang terkenal dengan reka bentuk bergaya dan pelbagai teknologi canggih.
Q2 menawarkan dinamik pemanduan mengagumkan, terima kasih kepada nisbah stereng boleh ubah dan bantuan stereng yang bergantung kepada kelajuan. Ia nyata menyempurnakan janaan kuasa 150PS dan tork 250Nm daripada enjin berkenaan.




































