Sempena musim perayaan serta sambutan ulang tahunnya yang ke-60 sebagai pengeluar tayar pertama di Malaysia, Continental Tyre Malaysia menjemput pemandu kenderaan menyertai sambutan berkenaan dengan pelancaran Total Confidence Plan (TCP, Program Waranti Tambahan) dan ganjaran e-dompet untuk mereka yang bercadang untuk membeli tayar baharu daripada Continental.
Total Confidence Plan Continental adalah satu pakej waranti tambahan dan servis menyeluruh bagi memenuhi keperluan anda. TCP terdiri daripada perlindungan bahaya jalan raya untuk 12 bulan pertama, penggantian tayar 1 kepada 1, dan aplikasi mudah alih
yang senang digunakan sebagai saluran penyelesaian dan tuntutan sehenti.
Bagi menambahkan lagi keyakinan pemandu, terdapat lebih daripada 100 pengedar mengambil bahagian dalam program ini di seluruh negara.
Pengarah Urusan Continental Tayar Malaysia, Andrea Somorova berkata, “Kami berbesar hati kerana dapat melancarkan versi Total Confidence Plan yang telah dinaiktaraf yang
menawarkan perlindungan waranti tambahan untuk pemandu kami, dan ia tiba pada masa
yang tepat iaitu menjelang sambutan Raya ketika para pemandu sedang sibuk membuat
persiapan balik kampung untuk beraya bersama-sama keluarga.
Program TCP Continental adalah berkekalan, dan kami berharap para pengguna dan pemandu kami akan mengambil peluang ini untuk mendaftar bagi mendapatkan perlindungan tambahan dan ketenangan minda.”
Sebagai sebuah penyelesaian digital yang mudah untuk para pemandu yang sentiasa sibuk, Total Confidence Plan ini boleh diakses di hujung jari mereka di mana pemandu boleh mendaftar dan memfailkan tuntutan pada bila-bila masa, tidak kira di mana sahaja.
Pertama sekali, pemandu perlu memuat turun aplikasi Conti TCP yang boleh didapati di
Apple App Store atau Google Play Store dan mereka hanya perlu mendaftar butiran
peribadi dan memuat naik invois rasmi.
Semasa pendaftaran tayar dalam aplikasi Conti TCP, pemandu dikehendaki mengimbas kod bar pada dinding tepi bahagian bawah tayar sebelum pemasangan. Selepas mereka menerima waranti semasa dan tempoh tawaran, ia bermakna pendaftaran itu telah lengkap, dan pemandu boleh menikmati 12 bulan pertama Total Confidence Plan dengan Continental.
Mulai dari hari ini hingga 30 Jun, beli minimum dua (2) tayar jenama Continental di mana-
mana pengedar yang mengambil bahagian di seluruh negara atau di kedai Shopee rasmi
Continental untuk menebus baucar e-dompet Touch n’Go melalui aplikasi Conti TCP.




































