Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung Universiti Malaysia Terengganu (UMT)  Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata cuaca panas dan kering tidak mematahkan semangat untuk turun membantu 150 keluarga nelayan Islam yang tinggal di dalam perahu di persisir tepi sungai Mekong.

Beliau berkata, kebanyakan mereka adalah masyarakat Islam keturunan Champa dan kerja mereka bergantung kepada hasil tangkapan ikan atau lain-lain dari sungai berkenaan.

Mustapha berkata, kehidupan mereka agak daif dan tinggal di dalam perahu setiap masa bersama keluarga.

“Hari ini seramai 150 keluarga yang berada di rumah perahu diberi bantuan sempena bulan Ramadan seperti keperluan asas seperti beras, gula minyak dan air mineral kerana ketika ini cuaca panas kering serta mereka amat memerlukan air yang bersih.

Menurut Ketua Rumah perahu, Yusop isa berkata, beliau bersama penduduk rumah perahu amat berterima Kasih kerana ada pihak yang sudi datang membantu tambahan pula mereka semua tinggal dirumah perahu ditepi sungai.

“Bukan semua orang sanggup datang ke sini dan kami amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa bermurah hati dan prihatin kepada kami.

“Ini kali pertama beliau datang ke kawasan persisiran Sungai Mekong berdekatan Phnom Penh. Biasanya saya pergi ke kawasan pedalaman Kemboja dan pergunungan kerana masyarakat Islam Kemboja tinggal di merata tempat termasuk pedalaman.

“Rata-rata mereka masih lagi miskin dan NGO Antarabangsa juga memberi keutamaan dari segi pendidikan kepada anak anak mereka khususnya generasi muda,” katanya.

Mustapha berharap ibubapa yang tinggal di rumah perahu hantar anak-anak belajar di sekolah tahfiz atau sekolah kerajaan kerana kehidupan mereka perlu berubah mengikut perkembangan negara dari segi teknologi.

“Zaman kini sudah berubah dan kehidupan kita perlu berubah ke arah yang moden tetapi pegangan kita tetap berpandu Al Quran dan Sunnah Rasulullah.

“Kehidupan di sungai banyak risiko seperti musim angin ribut dan hujan yang berterusan musim banjir. Keadaan mungkin sukar komuniti rumah perahu kena mencari kawasan penetapan kekal supaya mudah sekiranya ada permasalahan cuaca dan lain lain,” katanya.

NGO Antarabangsa sentiasa membantu sekiranya kita mempunyai cukup dana kerana keutamaan kita membantu tetapi mereka yang dibantu perlu berubah dengan mengutamakan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sewajarnya.

Untuk merubah masa depan mereka serta keluarga kerana bantuan begini adalah bersifat sementara kerana ia bergantung kepada dana yang ada.