Pengendali khidmat mikromobiliti yang terbesar di Asia Pasifik, Beam Mobility, telah melancarkan gudang sentral miliknya untuk negara Malaysia yang beralamat di Subang
Jaya, Selangor bagi menampung perkembangannya di sini.

Gudang sentral berkeluasan 8,000kps tersebut memenuhi keperluan operasi Beam di Selangor, yakni dalam menjamin bekalan yang stabil bagi bateri-bateri bercas penuh serta penyelenggaraan perkakasan bagi kenderaannya yang berada dalam operasi.

Di samping itu, ia akan memainkan peranan yang penting dalam jaringan gudang sedia ada milik Beam, berfungsi sebagai hab pengedaran, baik pulih, dan ujian perkakasan yang utama di Malaysia, selain turut menjadi hab utama bagi menerima penghantaran dari luar negara dan bagi penghantaran alat ganti ke gudang-gudang Beam yang lain di seluruh Malaysia.

Buat masa ini, Beam menjalankan operasi di bandar-bandar Malaysia yang termasuk Kuala Lumpur, Ampang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Kuantan, serta Langkawi, dan terus memberi perkhidmatannya untuk membawakan pengalaman mikromobiliti yang selamat lagi menarik buat pelbagai lapisan masyarakat.

Beam ditunjangi oleh tenaga kakitangan sepenuh masanya yang meliputi para juruteknik
dan penyelia bagi mengoperasi gudang berkenaan. Tambahan lagi, pelancaran gudang sentral ini juga dijangka dapat menambah peluang pekerjaan dalam ekonomi sambilan.

“Gudang ini membuktikan komitmen Beam untuk terus melabur di Malaysia. Menerusinya, kami dapat memiliki rantaian bekalan yang efisien bagi perkhidmatan Beam, di samping terus mencipta aneka peluang pekerjaan, khususnya dalam ekonomi sambilan negara.

“Kami ingin meluaskan lagi operasi Beam dan terus memberi khidmat kepada warga Malaysia menerusi kaedah pengangkutan alternatif yang mereka boleh yakini,” ujar Justin Tiew, Pengurus Besar Beam Mobility Malaysia.

Selain memainkan peranan yang penting dalam jaringan gudang sedia ada milik pengendali khidmat mikromobiliti tersebut, gudang sentral baharu ini juga diunjurkan akan menservis 30 buah e-skuter Beam setiap hari secara purata.

Ia akan memastikan e-skuter Beam sentiasa berada dalam kondisi yang baik dan selamat untuk digunakan. Untuk makluman, setiap e-skuter didatangkan bersama aneka teknologi
serba inovatif, yang akan diselenggara secara berkala bagi menjamin tahap keselamatan yang tertinggi.

Setiap e-skuter didatangkan bersama peranti penjejakan GPS IoT dan sebuah sistem khas untuk membolehkan Beam memantau kenderaan berkenaan, yang akan menggera pasukan Beam jika ia perlu dibawa pulang ke gudang tersebut untuk diselenggara.

Peranti IoT ini membolehkan Beam mengenal pasti e-skuter mana yang memerlukan perhatian, lokasinya, serta memberi keupayaan untuk menyahaktifkan ketersediaan e-skuter berkenaan melalui aplikasi Beam.