Ketika pembelian dalam talian terus menguasai industri peruncitan, semakin ramai pengguna beralih kepada internet untuk membeli barangan mewah, termasuk perabot.

Trend ini membolehkan CUURA, sebuah kedai perabot dalam talian, muncul sebagai pilihan popular bagi mereka yang mencari kedai perabot dalam talian di Malaysia yang berkualiti tinggi dengan harga berpatutan.

Diasaskan oleh Benny Lim Kien Yeap dan rakan-rakannya berikutan pandemik COVID-19, CUURA menjadi nama yang terkenal dalam industri peruncitan perabot dalam talian.

Dengan pembiayaan yang dijana sendiri sebanyak RM3 juta, mereka melancarkan laman web mereka dan terus komited menawarkan produk perabot yang berkualiti, pada harga berpatutan, dan berpacukan kepuasan pelanggan.

CUURA Space: Tawarkan Pelbagai Produk Perabot

Bahagian perabot dalam talian jenama ini – CUURA Space, percaya bahawa perabot yang cantik dan berkualiti tinggi adalah untuk semua orang. Malah semua orang berhak memiliki
ruang tamu yang cantik dan menyenangkan mata.

Itulah sebabnya mereka menawarkan beraneka jenis produk dalam pelbagai gaya dan harga untuk memenuhi keperluan serta peruntukan perbelanjaan (bajet) setiap orang.

Sama ada anda seorang pelajar yang mempersiapkan pangsapuri pertama anda atau keluarga yang mencari perabot mewah, CUURA Space mempunyai sesuatu yang sesuai untuk anda.

Rangkaian produknya memang cukup pelbagai, daripada barangan perabot asas yang penting seperti katil dan sofa sehinggalah perabot pelengkap hiasan contohnya almari laci dan ambal, yang semuanya direka untuk menyerlahkan ruang kediaman anda.

Pendekatan Perniagaan CUURA Yang Unik

Apakah yang membezakan CUURA daripada kedai perabot dalam talian yang lain? Faktor
pertama ialah komitmen mereka terhadap kawalan kualiti yang memang tiada tandingnya.

Walaupun kebanyakan produk mereka dihasilkan di China, tetapi pasukan ini terbabit secara aktif dalam proses pembuatan dan telah membangunkan rangkaian pengeluar yang mesti melepasi kriteria tertentu. Tambahan pula, setiap barangan akan menjalani proses kawalan kualiti yang ketat sebanyak dua kali sebelum ia dihantar kepada pelanggan.

Dedikasi CUURA terhadap kepuasan pelanggan juga terbukti dalam polisi bayaran balik
mereka. Mereka menawarkan bayaran balik sepenuhnya selama 30 hari, tanpa sebarang
soalan, untuk semua perabot yang dijual, dan ia memberikan ketenangan fikiran kepada
pelanggan. Malah, mereka juga menyediakan jaminan selama 3 tahun untuk sofa dan katil,
yang menonjolkan lagi komitmen mereka terhadap kualiti.

CUURA Rent: Perkhidmatan Menghias (Transformasi) Rumah Profesional

CUURA bukan sekadar peruncit perabot. Mereka juga menawarkan perkhidmatan menghias
(transformasi) rumah yang dikenali sebagai CUURA Rent.

Perkhidmatan ini mensasarkan untuk membantu pemilik hartanah melengkapkan rumah mereka dengan segera pada harga berpatutan, supaya ia boleh disenaraikan untuk disewa secepat mungkin.

Melalui perkhidmatan CUURA Rent, unit yang kosong boleh dilengkapi perabot yang berkualiti dan sedia disewakan dalam masa 14 hari sahaja. Setiap pelanggan akan menerima cadangan tersendiri yang memenuhi keperluan dan peruntukan perbelanjaan (bajet) mereka dalam tempoh 24 jam.

Bahkan, CUURA Rent mengamalkan konsep yang telus dari segi harga, di mana harga perabotnya sama seperti di bahagian runcit mereka.

Selain perabot hiasan, mereka turut menawarkan perkhidmatan mengecat dinding, memasang langsir, gril dan lampu untuk menghidupkan lagi suasana dalaman rumah.

Dengan mengagihkan tugas-tugas ini ke senarai penyedia perkhidmatan mereka, CUURA Rent memastikan pelanggannya mempunyai harta yang boleh dipasarkan dengan usaha minimum.

Perjalanan CUURA ke Arah Kejayaan

Dalam pasaran perabot dalam talian yang sesak, pendekatan unik CUURA berjaya menarik
minat pelanggan yang menjadi pengikut setia. Berlandaskan penawaran perkhidmatan
menghias rumah profesional di samping perabot dalam talian di Malaysia yang berkualiti,
CUURA telah membawa perubahan dalam industri tempatan dan membuktikan bahawa
pendekatan unik terhadap e-dagang boleh menjadi formula kemenangan.