Melangkah tahun 2023, jenama global terkemuka HONOR tidak menunggu lama untuk memperkenalkan peranti bertaraf premium yang pertama kali ditawarkan kepada umum.
Ini kerana, HONOR sebelum ini dianggap peranti mampu milik dengan ciri yang ‘biasa-biasa’ namun pengenalan peranti terbaharu HONOR Magic5 Pro mengubah perspektif 360 darjah persepsi masyarakat umum.
George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co, Ltd tidak teragak-agak membandingkan peranti ini dengan peranti premium keluaran Samsung iaitu Galaxy S23 ketika memperkenalkan peranti itu kepada media di seluruh dunia yang menghadiri Mobile World Congress (MWC) 2023 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol.
Meskipun harga sebenar belum diperkenalkan, peranti ini dijangka dipasarkan pada harga anggaran RM3,000 hingga RM4,000 yang agak setanding dengan peranti premium keluarga gergasi peranti dari Korea Selatan.
HONOR Magic5 Pro ini tampil dengan peningkatan ketara dan mengetengahkan kejayaan mengagumkan dalam rekaan, paparan, fotografi dan prestasi, sekaligus menewaskan beberapa penanda aras industri untuk memberikan pengalaman pengguna terbaik dalam kelasnya yang tersendiri.
Paling mengujakan, peranti ini berada dalam kedudukan Nombor Satu Dalam Penarafan Paparan Telefon Pintar DXOMARK dan rekaan Simetri dengan Skin Apung Kuad Lengkung.
Prebiu.com turut terpilih untuk menjadi portal terawal yang diberi penghormatan membuka kotak peranti ini sebelum harganya diumumkan secara rasmi di negara ini.
Apa yang menarik dengan peranti ini? Jom kita teroka reviu pandang pertama secara ringkas HONOR Magic5 Pro yang hadir dengan warna cukup menarik dan mengoda, Meadow Green.
Pertamanya, kotak peranti ini kelihatan eksklusif apabila hadir dalam warna hitam dengan tulisan pada kotak berwarna emas menyerlahkan ciri sebuah peranti berkelas premium.
Paling mengujakan, peranti ini boleh berdiri sendiri sama ada kamera di atas atau kamera di bawah sekali gus menunjukkan kehebatan HONOR menghasilkan sebuah peranti yang penuh keseimbangan dan stabil.
Peranti ini menggunakan skrin sebesar 6.81-inci LTPO Skin Apung Kuad Lengkung dengan kadar segar semula standard 120Hz. Ia turut dipadankan dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB serta menyokong sistem pengecasan pantas berwayar 66W.
Spesifikasi kamera lebarnya 50MP (f/1.6) + kamera ultra lebar 50MP (f/2.0) dan kamera telefoto 50MP (f/3.0) manakala kamera swafoto pula sebesar 12MP (f/2.4) dengan ciri beauty dan bokeh.
Saiz sensor turut ditingkatkan untuk prestasi penderiaan cahaya lebih tinggi, seterusnya membolehkan sistem kamera menghasilkan gambar yang sangat jelas, tidak kira apa jua keadaan cahaya.
Ultra Fusion Computational Optics, iaitu algoritma pengkomputeran optik yang
melengkapkan sistem kamera menambah baik kejelasan imej dengan ketara pada zum 3.5x-100x, sekaligus menjadikan peranti ini jauh lebih baik berbanding telefon pintar lain di pasaran.
Ciri swafoto bokeh akan meningkatkan pencahayaan pada imej dan secara automatik menjadikan latar belakang kabur.
Peranti seberat 219 gram dan setebal 8.77mm memiliki rekaan luaran yang menarik apatah lagi skrin jenis kuad lengkung manakala lensa tri-kamera belakangnya dibaluti kerangka yang lengkap dengan lampu flash.
Menurut HONOR, rekaan tiga kamera Star Wheel ini diilhamkan daripada gambaran lubang hitam (Black Hole) di angkasa lepas dan rekaannya memang kelihatan begitu menonjol sekali gus menampilkan ciri premium tersendiri.
Storan
HONOR Magic5 Pro menyokong penstoran dalaman 512GB, cukup untuk menampung simpanan gambar dalam jumlah piksel yang besar dan dioperasikan oleh MagicOS 7.1 terkini berasaskan Android 13.
Peranti ini menawarkan beberapa ciri pintar seperti MagicRing untuk Kolaborasi Multiperanti dan Magic Text untuk pengecaman teks secara pintar bagi membantu pengguna meningkatkan produktiviti kerja.
Dilengkapi dengan teknologi AI (kecerdasan buatan) dan dikuasakan oleh Snapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform terbaharu, HONOR Magic5 Pro menghasilkan prestasi flagship tiada tandingan, meningkatkan produktiviti dan hiburan sepanjang masa.
HONOR Magic5 Pro ditawarkan dalam pilihan warna Black dan Meadow Green, sementara HONOR Magic5 didapati dalam warna Black dan Blue.
Apa yang ada dalam kotak peranti ini? Anda akan dibekalkan dengan sebuah pengecas pantas 66W yang lengkap jenis C dan ‘cover’ jenis silikon yang eksklusif dengan tanda nama HONOR.
Siri HONOR Magic5 boleh didapati bermula suku kedua 2023. HONOR Magic 5 bermula pada harga €899 untuk 8GB+256GB, manakala HONOR Magic5 Pro bermula pada harga €1199 bagi versi 12GB+512GB.
Untuk maklumat lanjut, sila layari kedai dalam talian HONOR di www.hihonor.com.
* Nantikan ulasan lebih mendalam HONOR Magic5 Pro