Perodua Axia Serba Baharu, yang dilengkapi dengan ciri-ciri digital dan keselamatan tercanggih dalam kelas harganya kini di buka untuk tempahan di semua bilik pameran jualan Perodua yang sah di seluruh negara.
“Perodua Axia Serba Baharu ialah model terbaharu di bawah Perodua Smart Build (PSB)
dan telah menjadi sebahagian daripada rangkaian pengeluaran dan komponen global,”
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, ia model yang menawarkan pelbagai pilihan untuk para pembeli kereta peringkat permulaan dan kami percaya Perodua Axia Serba Baharu menawarkan nilai terbaik dalam segmennya.
Model peringkat permulaan terbaharu ini merupakan evolusi lengkap daripada model
terdahulunya pada semua peringkat dari segi kecekapan bahan api, yang mana model ini
berpotensi untuk bergerak sehingga 27.4km/l berdasarkan kepada mod Kitaran Pemanduan Malaysia yang baharu.
Walaubagaimanapun, jika diukur dengan piawaian Kitaran Pemanduan Eropah yang
baharu, Perodua Axia Serba Baharu boleh bergerak sehingga 23.2km/l berbanding 21.6km/l bagi Axia semasa.
Model baharu ini juga turut dilengkapi dengan Bantuan Pemanduan Pintar Perodua –
merupakan yang pertama untuk kereta peringkat permulaan.
Perodua Axia Serba Baharu didatangkan dalam empat (4) varian; G, X, SE dan AV. Keempat-empat varian itu didatangkan dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC)
beserta kawalan cengkaman, ABS dengan Pengagihan Tenaga Brek Elektronik (EBD), Hill
Start Assist dan kawalan cengkaman.
Kesemua varian itu dilengkapi dengan enjin 1 liter dengan DCVT (Dwi-Mod Transmisi Boleh
Laras Berterusan) dan didatangkan dalam lima warna: Granite Grey, Lava Red, Glittering
Silver, Ivory White dan, warna baharu – Coral Blue.
Untuk varian SE dan AV, Perodua Axia Serba Baharu didatangkan dengan mod kuasa,
lampu siang LED (DRL), solar dan filem keselamatan serta kerusi jenis semi bucket dengan
sandaran kepala boleh ditanggalkan.
Varian AV Perodua Axia Serba Baharu didatangkan dengan ciri eksklusif seperti paparan
pelbagai maklumat TFT (Transistor Filem Nipis) 7-inci, paparan audio 9-inci, tempat duduk
separa kulit (2 tona) dan enam (6) beg udara.
Julat harga tentatif untuk Perodua Axia Serba Baharu adalah antara RM38,600 dan
RM49,500 (tanpa insuran dan di Semenanjung Malaysia). Spesifikasi penuh akan dikongsi
semasa pelancaran nanti.