myTukar, ekosistem kereta terpakai digital yang paling pesat berlangsung dari 6 hingga 8 Januari 2023 di Puchong South, bagi menyambut ketibaan Tahun Baharu Cina dengan aneka tawaran dan hadiah yang eksklusif.

Butiran Pameran AutoFair:
Tarikh: 6 hingga 8 Januari 2023
Waktu: 9:00 pagi 8:00 malam

Lokasi: myTukar Retail Experience Centre Puchong South

Ganjaran bernilai lebih RM168,888 menanti para pelanggan; dan nikmati diskaun eksklusif sebanyak RM16,000 di samping kadar faedah tahunan serendah 3.00% bagi semua kereta “myTukar Certified” di pameran AutoFair.
Pelanggan di Lembah Klang yang ingin menukar beli atau membeli kereta baharu boleh berlapang dada kerana semua kereta ”myTukar Certified” telah menjalani proses pemeriksaan 160 poin yang ketat, termasuk pemeriksaan untuk memastikan kenderaan berkenaan tidak pernah mengalami kerosakan serius akibat kemalangan, banjir atau kebakaran.
Setelah sesebuah kenderaan disahkan lulus kesemua fasa pemeriksaan, baru ia akan menjalani proses pembaharuan lalu dirangkumkan ke dalam barisan kenderaan berkualiti tinggi milik myTukar yang serba ekstensif.
Ketua Pegawai Eksekutif myTukar, Derrick Eng berkongsi, “Sebagai salah sebuah ekosistem kereta terpakai yang terkemuka di Malaysia, kami berbangga dengan keupayaan kami untuk membekalkan perkhidmatan yang komprehensif sepanjang kitar hayat pemilikan sebuah kereta.
Di samping proses perakuan myTukar serta pelbagai diskaun dan juga kadar faedah yang menarik, para pengunjung AutoFair juga dapat menikmati:
Hadiah bernilai sehingga RM77,000 menerusi promosi Putar & Menang. Ia termasuk kad
Starbucks, TnG dan Petron, rebat tunai sehingga RM8,888, serta perkhidmatan percuma oleh myTukar untuk penyelenggaraan kereta yang asas, mencuci kereta dan pemeriksaan keadaan kereta.

Baucar tempahan bernilai sehingga RM500 daripada jenamajenama terpilih seperti DK
Schweizer, VKool, Recaro, dan Blueair.

Khidmat mengecat kereta eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian kereta
”myTukar Certified” di AutoFair dengan harga bermula serendah RM1,620.

Barangan myTukar eksklusif yang boleh ditebus dengan mengumpul setem dari stesenstesen pameran kami yang serba informatif selain pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pameran CNY AutoFair anjuran myTukar di Puchong South dari 6 hingga 8 Januari 2023.