Seramai lebih kurang 10,000 orang ramai membanjiri Padang Timur, Petaling Jaya bagi memeriahkan sambutan festival kesenian budaya, Petaling Jaya International Folklore Festival (PJ FOLKLORE) 2022.

Festival dirasmikan oleh Exco Pelancongan & Alam Sekitar, Hee Loy Sian, dan disaksikan Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md. Amir dan Timbalan Datuk Bandar MBPJ, TPr. Hajah Sharipah Marhaini Syed Ali.

Penganjuran yang memasuki kali ke-7 itu menampilkan kelainan dengan tema Ceritera Rakyat dengan menampilkan busana tradisional melayu pelbagai negeri.

Dengan usaha sama di antara MBPJ dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), International Council of Organizations of Folklore Festivals and Folk Arts (CIOFF Malaysia) dan Tourism Selangor,.

Festival ini melibatkan melibatkan 31 program secara percuma seperti PJ Fight Night (MMA), Pocket Show, Asian Food Festival, Pameran Busana & Jualan Pelbagai, Wayang Kulit (Pok Chu), Dikir Barat (Issey), Persembahan Kebudayaan Antarabangsa, Konsert WINGS Ceritera Rakyat dan lain-lain.

Malam kemuncak perasmian menampilkan persembahan kebudayaan dan pameran busana tradisional daripada 8 buah negara antarabangsa iaitu Indonesia melibatkan dua kumpulan dari Bandung dan Kalimantan, Korea Selatan, Filipina, Thailand, Mexico, Sri Lanka, Jepun dan Uzbekistan.

Manakala 10 buah negeri di Malaysia iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Johor.

Orang ramai turut dihiburkan dengan persembahan konsert kumpulan rock terkenal, WINGS secara percuma di padang Amcorp Mall.

Dalam konsert ini, WINGS mempersembahkan 8 buah lagu untuk para peminat.