Sebagai pembekal minyak pelincir global, Shell Malaysia secara rasminya melancarkan minyak enjin neutral karbon (carbon neutral) pertama sebagai sebahagian daripada komitmen berterusannya untuk menawarkan pilihan minyak enjin lebih lestari.

Minyak enjin ini juga merupakan minyak pelincir neutral karbon pertama yang dihasilkan daripada gas asli.

Pelancaran pada hari ini adalah bukti salah satu komitmen syarikat dalam membantu
mengurangkan pelepasan karbon bersama-sama dengan pelanggannya, sejajar dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga pelepasan sifar bersih pada 2050.

“Shell Malaysia berbesar hati kerana dapat menyediakan pelbagai solusi tenaga rendah karbon kepada pelanggan kami, daripada pengecasan kenderaan elektrik dan biobahan api, dan kini pelincir karbon neutral,” kata Dato Ivan Tan, Pengerusi Shell Malaysia.

“Kita akan meningkatkan usaha dalam solusi berasaskan alam semula jadi bagi menjana kredit karbon berkualiti tinggi yang boleh digunakan untuk mengimbangi pelepasan yang dijana apabila pelanggan membeli dan menggunakan produk Shell seperti Shell Helix Power 5W terbaru ini.

Ia merupakan initisiatif tambahan usaha kami yang sedia ada bagi mengurangkan tahap intensiti karbon secara bertanggungjawab di dalam operasi minyak dan gas, dan pelaburan dalam sumber tenaga rendah karbon.

Portfolio global kredit karbon berasaskan alam semula jadi akan mengimbangi pelepasan CO2e daripada keseluruhan kitaran hayat produk-produk ini, termasuk bahan mentah, pembungkusan, pengeluaran, pengedaran, penggunaan pelanggan dan perlupusan produk.

Shell turut bekerjasama dengan projek-projek di seluruh dunia yang membantu mengurangkan pelepasan CO2e, selain meningkatkan taraf kehidupan masyarakat tempatan dan melindungi biodiversiti.

Pelanggan memilih Shell Helix kerana ia direka untuk prestasi tinggi enjin dan meningkatkan ekonomi bahan api. Hari ini, pengguna kenderaan menjadi semakin peka terhadap pilihan mesra alam dan mencari cara untuk mengurangkan jejak karbon mereka.

Bersama Shell dan produk serta perkhidmatannya yang berbeza daripada yang lain, ia akan membantu pelanggan membuat pilihan yang lebih mudah.

Nyon Kam Yew, Pengurus Besar, Perniagaan Shell Lubricant Malaysia & Singapura berkata, “Shell Malaysia memperkenalkan siri minyak enjin Shell Helix neutral karbon di bawah rangkaian sintetik penuh super premium – Helix Power and Protect.

Minyak enjin ini diformulasi menggunakan Teknologi Shell PurePlus, yang dihasilkan daripada 99.5% minyak asas tulen daripada gas asli, serta dipercayai dan disyorkan oleh Scuderia Ferrari.”

Sempena pelancaran ini, Shell Helix juga meluaskan lagi tawarannya dengan memperkenalkan gred kelikatan 5W-40 di bawah varian Power bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

Shell Helix Power 5W-40 direka khas untuk kenderaan berkuasa dan berprestasi tinggi, dan sesuai untuk kebanyakan kereta penumpang moden yang menggunakan petrol dan diesel.

Minyak enjin terbaru yang dilancarkan kini boleh didapati di bengkel-bengkel Shell yang
terlibat dan bengkel-bengkel bebas lain, dengan harga runcit RM280 di Semenanjung Malaysia untuk pek empat liter dan RM 280.80 di Sabah dan Sarawak.

Bagi memeriahkan lagi pelancaran ini, pengguna akan mendapat sebuah speaker Bluetooth
percuma Shell Helix dengan setiap pembelian pek empat liter Shell Helix Power 0W-40, Shell Helix Power 5W-40, atau Shell Helix Protect 0W-30 di mana-mana kedai terlibat, selagi stok masih ada.

Bagi memastikan keaslian produk sebelum pembelian, pelanggan digalakkan mencari logo “Untuk Pasaran Malaysia” di bahagian hadapan label botol.