Seong Hoe Premium Motors, wakil pengedar BMW bertauliah yang paling lama memberi khidmat di Melaka, yakni sejak tahun 1979, telah merungkai bilik pamerannya yang
diperbaharui, kini bakal memuatkan kenderaan daripada jenama BMW, seperti model-model BMW M, BMW i dan banyak lagi, di samping jenama MINI.
Bilik pameran baharu ini akan menampilkan aneka khidmat serta fasiliti premium yang
dinaik taraf.
Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Oleh kerana permintaan ke atas kenderaan premium kami terus berkembang seiring dengan aneka tawaran yang kami sediakan merentasi semua portfolio, maka kemajuan ini dapat dijangka bagi membolehkan kita menaik taraf titik sentuh pelanggan kami yang paling penting – iaitu pusat pengedaran kami.
Ia berfungsi untuk memastikan para pelanggan yang kami hargai dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium sebenar yang kami telah janjikan.
Kami amat berbesar hati kerana Seong Hoe Premium Motors juga turut berkongsi sentimen ini, mereka terus membekalkan standard perkhidmatan bertaraf dunia buat para pelanggan kami di Melaka, dan kami yakin bahawa bilik pameran yang diperbaharui ini juga akan diterjemahkan kepada pengalaman yang lebih unggul.”
Loy Suan Chiow, Pengurus Besar Seong Hoe Premium Motors menambah, “Kejayaan ini adalah hasil sokongan para pelanggan kami, yang terus memberi kepercayaan kepada kami sejak empat dekad yang lalu dalam usaha kami untuk membekalkan Pengalaman Pemilikan Premium.
Setakat ini, kami berjaya menyerahkan lebih daripada 400 unit kenderaan setiap tahun, yang didatangkan bersama standard khidmat pelanggan yang tertinggi.
Berbekalkan kejayaan ini juga, Seong Hoe Premium Motors menjangka ia berpotensi untuk menyerahkan lebih 1,000 unit kenderaan BMW dan MINI dalam tempoh tiga tahun yang akan datang.