DELUX Holdings (M) Sdn Bhd (DELUX), salah satu pengeluar pintu pagar automatik dan sekuriti terkemuka di Asia Tenggara telah membuka bilik pamerannya di Johor Bahru, pada masa yang sama ia merupakan bilik pameran terbesar untuk pintu pagar automatik dan pintu sekuriti di Selatan Malaysia.

Bilik pameran yang terletak di Taman Ekoperniagaan di sini berfungsi sebagai pintu masuk untuk pelanggan melihat dan merasai rangkaian produk DELUX dan ciri-cirinya dengan lebih baik.

Bagi meraihkan pembukaan itu, DELUX menawarkan promosi istimewa untuk 80 pelanggan
pertama untuk menikmati 40 peratus potongan pintu pagar automatik aluminium tanpa trek dan potongan 30 peratus untuk pintu sekuriti aluminium.

Pengasas DELUX Datuk Dylan Chui Saig Herg berkata, “Kami berasa sangat gembira atas
pembukaan bilik pameran terbesar di Selatan Malaysia yang membawa produk dan perkhidmatan kami lebih dekat dengan pelanggan, terutamanya di Johor.

Pengedar utama DELUX untuk Johor Tay Chwee Lai (dari kiri) dan Tay Wei Lun, pengasas Datuk Dylan Chui dan pengarah urusan Wendy Chui melancarkan logo baharu DELUX.

“Kami percaya pembukaan bilik pameran kontemporari ini tepat pada masanya dalam usaha membantu pelanggan kami memenuhi impian mereka untuk membina rumah yang lebih baik dan selamat.

“Ia juga memberi kami peluang untuk menangani keperluan pelanggan dengan lebih baik
secara peribadi. Melangkah ke hadapan, kami akan terus meningkatkan kehadiran kami di dalam dan luar talian.

“Salah satu rancangan adalah untuk melancarkan bilik pameran pintu pagar automatik aluminium tanpa trek dan pintu sekuriti aluminium yang terbesar di Malaysia pada tahun 2023, kami tidak sabar untuk melihatnya menjadi kenyataan,”katanya.

Bilik pameran Johor terdiri daripada pelbagai bahagian termasuk Kawasan Paparan Contoh yang mempamerkan sehingga 6 set pintu pagar automatik aluminium tanpa trek yang tersedia dalam 4 panel, 6 panel dengan spesifikasi berbeza serta 10 set pintu sekuriti aluminium, pintu tersedia dalam satu panel, satu setengah dan 2 panel selebar 8 kaki atau 2.4 meter.

Datuk Dylan Chui turut berkongsi, “Kesungguhan kami dalam inovasi telah berjaya mencipta banyak rekod pertama terutamanya dalam teknologi dan reka bentuk kami.

DELUX yang meraih pelbagai anugerah dan pengiktirafan, kini telah memiliki sejumlah empat penyertaan dalam Malaysia Book Of Record.

Bilik Pameran DELUX Johor Bahru terletak di No.9, Jalan Ekoperniagaan 2/6, Taman
Ekoperniagaan, 81100 Johor Bahru, Johor.