Jenama teknologi ikonik global HONOR tampil sebagai Rakan Peranti Pintar di tayangan Supernova Screening 2022 anjuran Media Prima Berhad semalam, bagi memberi pengalaman menonton kandungan yang lebih baik kepada orang ramai.
Tayangan tersebut bertujuan meraikan kerjasama Media Prima Berhad dan Hunan Broadcasting System yang merupakan salah satu rangkaian televisyen terbesar di China.
Kedua-dua kumpulan media ini akan menerbit bersama rancangan realiti fesyen pertama di Malaysia, My Fusion Way dan Shila Amzah Masterclass Musim 2.
HONOR berganding dengan konglomerat media dan hiburan terbesar Malaysia, Media Prima sebagai Rakan Peranti Pintar di Supernova Screening 2022.
Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Malaysia Justin Li berkata, HONOR sentiasa berkomited untuk membawa produk terbaik dan bermanfaat untuk pengguna.
“HONOR bangga berpeluang berganding dengan konglomerat media dan hiburan terbesar di Malaysia bagi tayangan Supernova Screening 2022 untuk mencipta produk,
pengalaman kerja dan hiburan yang lebih baik,” katanya.
Li berkata, Malaysia merupakan pasaran penting dalam strategi global HONOR dan adalah pilihan pertama untuk melancarkan produk di peringkat global.
“Kolaborasi ini bertujuan untuk membina pelan penyelesaian peranti semua senario untuk menambahbaik pengalaman kerja dan gaya hidup konsumer Media Prima. Ini dilakukan
menerusi ketersambungan peranti pintar seperti telefon bimbit, tablet, komputer dan jam tangan,” katanya.
HONOR tekad untuk terus berkembang di Malaysia
Sejak menjadi jenama bebas, HONOR membina semula keupayaan 500 terbaik di dunia dalam Penyelidikan dan Pembangunan bagi paten dan sistem pengeluaran pintar. Kolaborasi ini ialah satu kejayaan penting bagi HONOR untuk terus kukuh dalam pasaran Malaysia.
Selain itu, HONOR turut bekerjasama dengan jenama tempatan Touch’n Go untuk
mengeluarkan Kad Edisi Khas NFC Touch’n Go sempena pelancaran warna baharu
HONOR 70, Icelandic Frost.
Pembeli yang membeli HONOR 70 Icelandic Frost akan membawa pulang set hadiah edisi terhad yang mengandungi Kad Edisi Khas NFC Touch’n Go, RFID, sarung HONOR 70, HONOR Band 6 dan lanjutan waranti 1 tahun.