Buat pertama kali, HONOR Malaysia bekerjasama dengan Touch’n Go untuk melancarkan Set Hadiah Edisi Terhad
HONOR 70 X Touch’n Go yang disertakan dengan beberapa hadiah percuma pada harga asal RM1,999.
Set hadiah ini mengandungi Kad Edisi Khas NFC Touch’n Go, RFID, sarung HONOR 70, HONOR Band 6 dan lanjutan waranti 1 tahun. Tawaran hadiah 5 dalam 1 tersebut sangat berbaloi dan akan dipasarkan di seluruh negara mulai 28 Oktober ini.
Kerjasama HONOR Malaysia dengan jenama tempatan Touch’n Go merupakan yang pertama selepas bergelar syarikat bebas, sekaligus menandakan langkah HONOR mengukuhkan jenamanya di negara ini.
Warna baharu HONOR 70 iaitu Icelandic Frost diilhamkan daripada fenomena Aurora di Iceland yang terdiri daripada gradien biru dan merah jambu yang berubah-ubah apabila dipandang dari pelbagai sudut berbeza. Keunikan ini menjadikan HONOR 70 telefon pintar yang elegan dan estetik.
Apa di dalam kotak magik? Ini mungkin set hadiah terbaik tahun ini!

Miliki HONOR 70 dalam warna Icelandic Frost pada harga hanya RM1,999 dan bawa pulang set hadiah terdiri daripada Kad NFC Touch’n Go, RFID, sarung HONOR 70 dan HONOR Band 6 dan waranti lanjutan 1+1 tahun.
Inilah tawaran terbaik yang anda tidak seharusnya lepaskan pada 28 Oktober ini. HONOR 70 dalam warna Icelandic Frost boleh dibeli menerusi laman sesawang rasmi HONOR, Kedai HONOR, pengedar sah terpilih dan juga Kedai Rasmi Shopee dan Lazada.