AirAsia kembali menawarkan jualan hebat untuk para pengembara, dengan diskaun 20% untuk semua tempat duduk dan semua penerbangan ke destinasi popular untuk perjalanan mulai November ini, sempena musim percutian akhir tahun dan tahun baharu.

Jualan tempoh masa terhad ini akan bermula pada hari ini 17 Oktober hingga 23 Oktober 2022, di mana para pengembara dapat merebut peluang untuk menempah tempat duduk ke pelbagai destinasi di Asean termasuk Malaysia, Filipina dan Thailand dengan diskaun 20% untuk tempoh perjalanan antara 1 November 2022 dan 30 Jun 2023.

Hanya tekan pada ikon ‘Flights’ di aplikasi airasia Super App atau di laman web. Nikmati keindahan pantai di Filipina atau rasai keenakan juadah di destinasi syurga makanan Asia, Thailand pada harga yang tiada tandingan.

Penduduk tempatan dan pengunjung juga boleh menerokai destinasi di seluruh Malaysia pada musim perayaan ini dengan tawaran terbaik.

Bukan itu sahaja – atas permintaan ramai, AirAsia kini kembali melancarkan perkhidmatan popularnya ke Taipei* (dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu) serta Kaohsiung* (dari Kuala Lumpur) yang tersedia untuk ditempah mulai hari ini hingga 23 Oktober, bermula daripada RM349 sehala!

Tambang istimewa ini sah untuk masa yang terhad jadi jangan lepaskan peluang ini!

Para pengembara juga boleh menerokai destinasi yang lebih jauh dengan kos minimum dengan syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia X, dari Kuala Lumpur ke Melbourne, Perth, Sydney, Auckland, Seoul dan Tokyo dengan tambang termasuk semua sehala bermula daripada RM559* dan tempat duduk premium flatbed bermula daripada RM1,799 untuk perjalanan antara 1 dan 30 November 2022.

AirAsia X juga telah menyambung semula perkhidmatannya dari Kuala Lumpur ke Jeddah, Arab Saudi, mulai 16 November yang kini tersedia untuk tempahan dengan 20% diskaun bermula daripada RM1,510 untuk tempoh perjalanan mulai pertengahan November sehingga Mac 2023.