Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan Goh Brothers Motor telah melancarkan penambahan terbaharu dalam rangkaian Volkswagen iaitu Volkswagen Setia Alam.
Ini merupakan pengedar sah Volkswagen yang ketiga oleh Goh Brothers Motor, selepas di Juru dan Ipoh, serta merupakan pengedar Volkswagen yang ke-18 di Malaysia.
Memiliki keluasan keseluruhan 60,000 kaki persegi, Volkswagen Setia Alam terdiri daripada sebuah bangunan empat tingkat yang hadir dengan indentiti korporat, kemasan dan peralatan terkini yang mematuhi standard ditetapkan oleh Volkswagen.
Sebagai sebuah pusat 4S, pemilik boleh mendapatkan semua keperluan kenderaan mereka di bawah satu bumbung – dari aspek jualan, servis, alat ganti hinggalah badan dan cat.
Bilik pameran di Tingkat Mezzanine yang seluas 2,970 kaki persegi boleh mempamerkan sebanyak lapan buah kereta, lengkap bersama sebuah lounge untuk pengunjung
berehat dan bersantai.
Pusat servis yang terdiri daripada dua tingkat seluas 10,200 kaki persegi dikendalikan oleh 15 orang kakitangan selepas jualan berpengalaman. Mereka boleh menyelenggara sehingga 30 unit kenderaan Volkswagen setiap hari.
Sempena pembukaannya, Volkswagen Setia Alam menjemput para pemilik Volkswagen yang masih belum menyelenggara kereta masing-masing selama enam bulan untuk mendapatkan pemeriksaan diagnostik 20 poin keselamatan secara percuma.
Tawaran itu boleh dinikmati sepanjang bulan Oktober.
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, “Hubungan baik dengan rakan pengedar, Goh Brothers membolehkan kami membuka pengedaran di Setia Alam. Pembukaan kemudahan ini mengukuhkan lagi rangkaian pengedaran dan kehadiran jenama Volkswagen di negara ini.