Nikmati keseronokan berlumba bersama keluarga dan rakan-rakan dengan Koleksi Shell Motorsports terbaru yang menampilkan kereta kawalan jauh Bluetooth, hasil kerjasama Shell dengan syarikat terkemuka dalam arena sukan permotoran.

Buat pertama kalinya, beberapa pengeluar peralatan asli (OEM) dan syarikat permotoran
menjalin kerjasama untuk menampilkan prestasi Shell V-Power yang merupakan minyak
Shell yang lain daripada yang lain.

Kelebihan Shell V-Power ditonjolkan melalui kerjasama rapat yang terjalin dimana Shell menguji prestasi minyak ini dalam persekitaran ekstrim di litar lumba dan membolehkan pelanggan menggunakannya untuk kenderaan harian mereka.

Koleksi Shell Motorsports terbaru ini menampilkan tujuh model daripada syarikat permotoran terkemuka dunia yang menjadi rakan kerjasama Shell. Model tersebut
termasuklah:
 Ferrari SF90
 BMW M4 Motorsport
 Nissan Formula E Gen 2 Car
 Hyundai i20 Coupe WRC
 Shell V-Power Racing Team Ford Mustang GT
 Team Penske Indycar
 Team Penske Ford Mustang GT.

Koleksi Shell Motorsport dilengkapi dengan ciri istimewa iaitu Bateri Pintar yang diintegrasikan dengan cip Bluetooth dalam sel litium yang bolej dicas semula.

Bateri pintar ini dibangunkan dengan kerjasama BrandBase dan 12 pemegang hak seperti Ferrari, BMW, Hyundai, Ford dan Nissan.

Setiap kereta juga dilengkapi dengan enjin elektrik dan boleh dikawal dengan mudah
menggunakan telefon pintar pemain melalui aplikasi Shell Racing.

Aplikasi percuma ini boleh didapati di App Store dan Google Play yang menggabungkan permainan secara jarak jauh dan digital.

Ketika majlis pelancaran, Seow Lee Ming, Pengurus Besar, Mobility Shell Malaysia
menjelaskan bahawa setiap model dalam koleksi ini mewakili momen penting dalam
sejarah sukan permotoran.

“Ketika perintis sukan permotoran mula mencipta nama, Shell sudahpun bersama mereka dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam arena sukan permotoran.

Koleksi terbaru ini meraikan antara kereta lumba terbaik yang banyak mencipta perubahan dalam dunia perlumbaan seperti kereta rali hibrid Hyundai i20 dan Team Penske’s Indycar,” kata Lee Ming.

Kereta rali hibrid Hyundai i20 telah memenangi Kejohanan Rali Dunia (WRC) di Greece
dan memperoleh kemenangan untuk semua jenis bentuk muka bumi – kerikil, salji,
campuran dan tarmac.

Team Penske Indycar pula adalah pelopor dalam industry Indycar dan mempunyai 100% bahan api perlumbaan yang boleh diperbaharui dengan 60% pengurangan untuk pelepasan gas rumah hijau.

“Pelanggan menjadi keutamaan dalam segenap aspek perniagaan kami. Setiap kali
mereka berhenti di stesen minyak Shell, kami mahu menyediakan peluang untuk mereka
mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Dengan koleksi terbaru ini, kami harap mereka dapat menikmati keseronokan bermain dan berlumba bersama orang tersayang, di mana-mana sahaja,”.

Mulai 8 Oktober hingga 8 Disember, satu kereta kawalan jauh menggunakan Bluetooth
edisi terhad ini akan dikeluarkan setiap minggu secara eksklusif di stesen minyak Shell di
seluruh negara.

Pelanggan boleh membeli kotak Koleksi Motorsport dengan harga RM80 apabila mereka mengisi minyak Shell V-Power Racing berjumlah RM80 dalam satu resit.

Model kereta atau bateri pintar Bluetooth boleh didapati secara berasingan dengan harga
RM30 dengan setiap pembelian minyak minimum RM50 untuk melengkapkan koleksi ini.

Pelanggan juga boleh mendapatkan kereta lumba eksklusif Ferrari SF90 dan satu bateri
pintar percuma apabila mereka membeli Shell Helix Lubricant 4L terpilih di stesen minyak
Shell.

Bagi meraikan pelancaran koleksi kereta kawalan jauh terbaru ini, Shell akan
menganjurkan satu acara di KL Sentral mulai 17 hingga 23 Oktober dan di Mid Valley
Megamall mulai 26 hingga 30 Oktober.

Acara ini bakal memberi pengalaman eksklusif kepada orang ramai untuk mencuba kesemua 7 model kereta lumba di litar lumba yang direka khas untuk menampilkan suasana atau persekitaran ketika model-model kereta ini meraih kemenangan mereka.

Pelawat juga boleh menyaksikan replika Hyundai i20 WRC yang memenangi Kejohanan Rali Dunia (WRC) di Greece baru-baru ini, sambil turut mengetengahkan jalinan kerjasama Shell dengan syarikat-syarikat permotoran yang telah sekian lama terjalin.

Jangan lupa mendapatkan kereta kawalan jauh Bluetooth edisi terhad ini di stesen minyak Shell di seluruh negara pada 8 Oktober hingga 8 Disember, sementara stok masih ada.