Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semalam berkenan bercemar duli merasmikan Richiamo Coffee ke – 88 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Program berkenaan turut disekalikan dengan Kayuhan Peduli MAIPs ke-56 bagi menyantuni asnaf.

Acara kayuhan tersebut turut disertai oleh ketua-ketua jabatan kerajaan dan swasta di negeri Perlis.

Turut hadir Naib Canselor UniMAP Prof Ts. Zaliman Sauli dan Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee Sdn. Bhd, Muhammad Zamry Abu Samah.

Pada majlis itu Richiamo Coffee Sdn Bhd turut menyampaikan sebahagian daripada pembayaran zakat perniagaan kepada UniMAP bernilai RM66,666.66.

Kafe yang terletak berhampiran Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik itu beroperasi sejak Disember lalu merupakan cawangan ke-88 kafe Richiamo.