Tahun-tahun awal sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Ramai tersalah tafsir bahawa tumbesaran kanak-kanak membabitkan perubahan fizikal, tetapi hakikatnya terdapat banyak lagi perkara lain.

Ia meliputi pertuturan, emosi, pemikiran, tingkah laku dan aspek lain melibatkan kanak-kanak.

Dengan mengetengahkan kepakaran yang dimiliki, TOY EIGHT, sebuah syarikat pemula niaga (startup) teknologi pendidikan berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) dari Jepun, melangkah ke hadapan untuk menyediakan penyelesaian bagi semua kanak-kanak termasuk mereka yang kelainan upaya pembelajaran meneroka kemahiran mereka serta mendapat bantuan dan sokongan yang relevan apabila memerlukannya.

Disebabkan pilihan saringan perkembangan yang terhad di Malaysia, TOY EIGHT mengambil peluang untuk memperkenalkan program saringan digital pertama di negara ini, yang ditawarkan menerusi peranti telefon pintar.

Berserta dengan soal selidik yang telah diisi oleh ibu bapa, ia direka bentuk untuk menilai perkembangan kanak-kanak dalam lima bidang utama – Motor Kasar, Motor Halus, Pertuturan dan Bahasa, Perkembangan Kognitif dan Tingkah Laku Sosial/Adaptif.

Saringan perkembangan hanyalah satu kaedah untuk mengenal pasti sama ada anak anda berisiko mengalami perkembangan yang terbantut.

Sama seperti mereka yang dewasa, kanak-kanak membesar mengikut rentak mereka sendiri, namun adalah penting untuk memantau kemajuan mereka kerana ia mungkin menunjukkan masalah berpotensi membabitkan tumbesaran dan perkembangan.

Malaysia dilaporkan menjadi antara negara tertinggi yang mengalami masalah keciciran pembelajaran di kalangan negara Asia yang sedang pesat membangun, demikian menurut
penyelidikan Bank Pembangunan Asia.

Salah satu contoh ialah hakikat bahawa segelintir kanak-kanak tidak dapat mengenali huruf pada usia lima tahun, sekali gus menunjukkan satu cabaran dalam kemahiran bahasa.

Dalam sesetengah kes, kanak-kanak tidak boleh menuruni tangga tanpa sokongan. Ia juga memberi penekanan bahawa tahap ketidakmatangan dalam kemahiran sosial dan emosi adalah ketara.

Melalui penggunaan peranti telefon pintar tunggal yang menggabungkan permainan, TOY EIGHT telah memudahkannya prosedur saringan yang boleh dipelajari oleh ibu bapa bagi mengetahui tentang peringkat perkembangan anak-anak mereka dalam persekitaran yang biasa bagi mereka.

Ia direka untuk menyediakan pemeriksaan tahunan untuk kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun. Saringan boleh didapati di Taman Permainan TOY EIGHT di The Gardens Mall.

Sebagai taman permainan pertama yang dikhaskan untuk perkembangan kanak-kanak, ia menampilkan pakar perkembangan tempatan dari Malaysia dan Jepun yang menyediakan pilihan perkhidmatan Coffee Chat untuk perundingan tanpa dirancang pada harga RM50 bagi setiap jam.

Selain itu, TOY EIGHT juga menyediakan pilihan Play Together Observation yang merangkumi pemerhatian tidak formal terhadap kanak-kanak yang bermain di taman permainan terbabit.

Di samping itu, ia juga mewujudkan program kepada Taska dan Tadika yang membolehkan saringan dilaksanakan di sekolah jika mereka telah mendaftar dengan TOY EIGHT.

Hanya selepas itu seseorang boleh memutuskan cara untuk mengoptimumkan aspek pembelajaran. Dari sudut pandangan ini, kami bimbang dengan fakta yang dilaporkan bahawa kebanyakan negara Asia tidak memiliki sistem nasional untuk menyaring perkembangan kanak-kanak,” kata Masaki Ishibashi, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif TOY EIGHT.

Mengakui bahawa setiap kanak-kanak memiliki keupayaan berbeza, TOY EIGHT meraih sokongan daripada universiti-universiti terkemuka negara, Universiti Malaya dan Sunway University, bagi membangunkan alat saringan dan mewujudkan norma nasional untuk menjadikan saringan tersedia secara meluas di Malaysia.

Seterusnya, ia dapat membantu ibu bapa muda mengenali sifat anak mereka secara semula jadi dan mengembangkan potensi diri dengan memahami karakter unik anak mereka, di samping mengenal pasti kebimbangan dan kelewatan supaya mereka boleh mendapatkan bantuan awal daripada profesional.

Alat saringan tempatan ini memberi tumpuan kepada keupayaan perkembangan awal kanak-kanak seperti motor halus, kognitif, bahasa reseptif, dan ekspresif.