HONOR Malaysia mengumumkan ketibaan model terbaharunya HONOR 70 yang akan dilancarkan pada 18 Ogos ini, jam 8 malam.
Jangan ketinggalan menyaksikan kemunculan HONOR 70, “Telefon Pintar Paling Estetik Tahun Ini” di majlis pelancaran yang akan bersiaran secara langsung di laman Facebook HONOR Malaysia.
Rekaan – Rekaan Dwi Bulatan yang Menawan
Rekaan luaran HONOR 70 diilhamkan oleh gelas kristal dan biasan cahaya permata, menghasilkan corak seperti bentuk berlian. Hanya seberat 178g, HONOR 70 menggunakan teknologi dwi selaput, tri-tekstur dan dwi lapisan.
Kesan dalaman jelas kelihatan apabila tekstur bayangnya kelihatan seakan-akan efek kilauan berlian, menjadikannya lebih elegan dan mewah. Tiada telefon pintar yang lebih
menyerlah setanding HONOR 70 yang berada dalam genggaman tangan anda.
Fotografi – Kamera Penderiaan Super IMX800 Pertama Dunia
HONOR 70 meneruskan revolusi rekaan dwi bulatan dengan mengikut jejak langkah pendahulunya, HONOR 50 yang menerima pengiktirafan jenama tinggi. Kini dengan Rekaan Dwi Bulatan yang baharu, sisi belakang HONOR 70 didatangi dengan Kamera Penderiaan Super IMX800 54MP, Kamera Ultra Lebar Dan Makro 50MP berserta kamera kedalaman.
Rupa HONOR 70 mempesonakan apabila dipadankan dengan perkakas sokongan menakjubkan iaitu Kamera 54MP dan juga sensor IMX800.
Kelebihan fotografi ini pastinya tiada tandingan, digabungkan pula dengan HONOR Image Engine Computing Image Platform bagi menghasilkan keupayaan fotografi yang jelas.
Prestasi cahaya rendah kini dipertingkatkan untuk menghasilkan kualiti terbaik dengan saiz sensor 1/1.49 memberikan kejelasan menakjubkan dalam saiz piksel.
Penderia membolehkan jurufoto merakam potret dalam suasana cahaya rendah termasuk cahaya backlit lanskap dan potret, mod malam, potret malam mahupun swafoto HD.
Ikuti siaran langsung di Facebook HONOR Malaysia
Dah dengar kan? Jadi tandakan kalendar pada 18 Ogos, jam 8 malam untuk menyaksikan tahap baru teknologi estetik. Berita terkini HONOR 70 boleh layari www.hihonor.com/my atau langgani laman Facebook HONOR Malaysia hari ini!