Kempen ‘GoCarLah’ ditawarkan kepada semua GoCar Share (Perjalanan Pergi-Balik) bermula sekarang hingga 30 September 2022
Pengguna boleh menikmati penjimatan sehingga 30 peratus untuk fleet biasa dan
pengunaan percuma selama tiga jam GoEV Nissan Leaf
Selain kemudahan, mampu milik dan telus tanpa caj tersembunyi, pengguna juga
akan menikmati perbatuan tanpa had serta tiada yuran keahlian sepanjang kempen
ini berlangsung.
GoCar Malaysia, peneraju platform mobiliti sebagai perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan kini mengadakan kempen ‘GoCarLah’ yang menawarkan diskaun ke atas GoCar Share (Perjalanan Pergi-Balik) sebagai satu alternatif mampu milik kepada pengangkutan aw am, bermula sekarang hingga 30 September 2022.
Kadar untuk fleet biasa GoCar bermula serendah RM12.90 sejam atau RM58 sehari.
Sepanjang kempen ini, pelanggan boleh menggunakan kod promo “LETSGOLAH”
untuk menikmati diskaun tambahan sebanyak 30 peratus .
Pilihan luas model kenderaan ditawarkan yang merangkumi Perodua Axia, Proton
Saga, Proton Persona, Proton Iriz, Perodua Bezza, Honda City, Toyota Vios, Nissan
Almera, Renault Captur dan Nissan Serena. GoCar Share (Perjalanan Pergi-Balik)
ditawarkan di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.
Mereka yang ingin merasai pengalaman memandu kenderaan elektrik sepenuhnya
yang senyap dan berkuasa tanpa perlu membelinya, boleh menempah Nissan Leaf
100% elektrik dengan GoEV.
Ia boleh didapati dalam bahagian Share (Perjalanan Pergi-Balik) dalam aplikasi GoCar. Anda hanya perlu menggunakan kod promo “GOEVLAH” untuk menikmati penggunaan percuma selama tiga jam 2 . GoEV kini ditawarkan di Kuala Lumpur dan Selangor.
Melalui kempen ‘GoCarLah’, pengguna juga akan menikmati perbatuan tanpa had tanpa ada kos tersembunyi. GoCar juga memansuhkan yuran keahlian sebanyak RM20 kepada pengguna-pengguna baru sepanjang tempoh promosi ini.
“GoCar direka untuk memberi kemudahan, ketelusan dan alternatif yang mampu
milik berbanding pengangkutan awam. Kami harap menerusi kempen ini, lebih ramai
orang akan mempunyai akses kepada penyelesaian mobiliti yang boleh mereka
harapkan untuk perjalanan harian.
Pada masa sama menikmati penjimatan,” kata CEO GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun.
“Sebagai syarikat perkongsian kereta pertama di Malaysia yang menawarkan akses
kepada EV mampu milik, kami harap lebih ramai rakyat negara ini akan mengambil
Untuk mendaftar keahlian GoCar dan menikmati promosi ‘GoCarLah’ sila muat turun
aplikasi mudah alih GoCar di sini.