HONOR Malaysia menerusi laman Facebook rasminya telah mengumumkan ketibaan sebuah produk baharu dalam masa terdekat.
Pengumuman tersebut disertakan rekaan poster yang memaparkan bahagian belakang
telefon pintar dengan lensa kamera dan ini menggambarkan HONOR menerap nilai
estetik di dalam produk terkininya.
Mengetengahkan slogan “Dazzle in Every Shot”, poster tersebut mengacah telefon yang memfokuskan pada resolusi pengimejan. HONOR bukan asing dalam mengeluarkan telefon mercu yang menawan termasuklah siri HONOR Magic menerajui estetika simetrinya, manakala siri HONOR Number hadir dengan reka bentuk cincin berganda.
HONOR menyasarkan memberi kualiti terbaik untuk pengguna Malaysia
Sejak HONOR berkolaborasi dengan syarikat gergasi global Google dan Qualcomm, setiap pelancaran produk baharu adalah satu Langkah memberi pilihan lebih baik dan kemudahan kepada konsumer. Susulan kejayaan pelancaran HONOR Magic4 Pro, HONOR berhasrat untuk mengukuhkan pembangunan produknya untuk bersaing dalam pasaran telefon Malaysia.
Peminat tidak sabar menantikan telefon pintar terbaharu
Cuitan tersebut telah mencuri perhatian peminat di seluruh negara dan mereka ingin mengetahui produk terbaharu yang HONOR akan perkenalkan nanti. Untuk maklumat
lanjut boleh ikuti laman web dan Facebook rasmi HONOR Malaysia.