Pemain industri vape tempatan memohon agar Kerajaan mengkaji semula polisi GEG yang akan mengharamkan vape untuk sesiapa yang dilahirkan selepas 2007.

Menurut Setiausaha Agung, Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM), Ridhwan Rosli yang hadir bersama wakil-wakil industri dalam sesi libat urus bersama Khairy Jamaluddin
baru baru ini, berkata di dalam pertemuan tersebut, Menteri Kesihatan memberikan makluman berkenaan Akta
yang akan dibentangkan di mana ia akan melihat industri vape akhirnya dapat dikawal selia.

Ini merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan oleh pemain industri tempatan.”

“Menteri Kesihatan turut memberikan pandangan dan pendirian kerajaan Menteri Kesihatan turut memberikan pandangan dan pendirian Kerajaan berkenaan GEG yang akan mengharamkan vape sama seperti rokok untuk sesiapa yang dilahirkan selepas 2007,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, setelah membuat perbincangan bersama beberapa pihak dalam industri, kami berpendapat polisi ini perlu dikaji semula terutamanya dari segi pelaksanaannya yang perlu
dikaji memandangkan ia melibatkan kesan ke atas akar umbi industri vape yang dibangunkan oleh usahawan tempatan.

Ibrahim Morni, Pengasas Malaysian Vaping Movement yang juga satu kumpulan aktivis dalam industri vape berkata, ramai dalam industri sememangnya 100% menyokong
pelaksanaan undang-undang kawal selia vape.

“Yang kami mahukan adalah peraturan untuk kawal selia. Polisi GEG pula adalah agak drastik kerana ia mengharamkan industri vape pada masa depan. Kami mohon perkenalkan
peraturan dahulu dan sambil itu, keputusan berkenaan GEG untuk industri vape dikaji semula.

“Saya percaya industri vape di Malaysia perlu dibqerikan pengiktirafan yang sewajarnya dan bukannya untuk diharamkan secara perlahan-lahan,” katanya.

Dalam pada itu, Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA) juga menyarankan supaya Kerajaan mengkaji semula GEG untuk vape.

Rizani Zakari, Presiden MVIA berkata, larangan tersebut harus dikaji semula.

Beliau berkata, perkara ini tidak boleh dibuat secara terburu-buru kerana ramai yang keliru dengan polisi GEG ini.

“Selama ini Menteri Kesihatan hanya berkata, GEG ini adalah untuk menamatkan tabiat merokok dan mencegah generasi baru daripada memulakan tabiat merokok.

Taksiran merokok bukannya menggunakan vape dan oleh itu ramai yang ingatkan polisi GEG itu tidak
melibatkan vape. Hanya baru-baru ini, Menteri Kesihatan berkata GEG ini juga
mengharamkan vape pada masa depan dan tidak boleh dijual kepada sesiapa yang dilahirkan selepas 2007.”

“Ramai yang tidak hadir dalam sesi libat urus dengan Menteri Kesihatan baru-baru ini tidak setuju dengan polisi GEG ini terutamanya pengusaha kecil dan sederhana dalam industri vape. Perkara ini perlu dikaji semula kerana ia akan memberikan kesan kepada usahawan
tempatan,” katanya.