FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) memperkenalkan dua pelan takaful kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (“KWSP”) yang layak. Ahli KWSP kini boleh membuat pengeluaran dari akaun 2 dan menyertai FWD eTerm Takaful Plan dan FWD eCritical Illness Plan melalui platform i-Lindung di dalam portal i-Akaun (Ahli) KWSP di kwsp.gov.my.
Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful, berkata, “Kami komited untuk memperluaskan kesejahteraan sosial untuk semua rakyat Malaysia, termasuk ahli KWSP. Oleh itu, kami berterima kasih kepada KWSP kerana memberi kami peluang untuk memperkasakan ahli dengan menjadikan perlindungan takaful mudah disertai, mampu milik dan mudah diperolehi.
Proses permohonan untuk FWD eTerm Takaful Plan dan FWD eCritical Illness Plan adalah mudah tanpa memerlukan pemeriksaan perubatan. Inisiatif ini memberikan satu lagi kejayaan penting dalam visi kami untuk mengubah pandangan orang ramai tentang Takaful.”
FWD eTerm Takaful Plan menyediakan perlindungan sehingga RM200,000 untuk kematian dan hilang upaya penuh dan kekal (HUPK) atas sebab semulajadi dan sehingga RM400,000 untuk kematian atau HUPK akibat kemalangan.
Untuk meringankan beban kewangan waris pelanggan, pelan ini menyediakan manfaat khairat kematian segera sebanyak RM3,000, serta pilihan untuk mendermakan sebahagian daripada jumlah dilindungi kepada badan kebajikan terpilih.
FWD eCritical Illness Plan, sebaliknya, adalah pelan 2-dalam-1 yang unik dan mampu milik yang menyediakan perlindungan sehingga RM100,000 untuk kematian dan penyakit kritikal. Penyakit kritikal yang dilindungi adalah barah, serangan jantung dan strok dengan perlindungan menyeluruh dari peringkat awal hingga akhir.
Untuk maklumat lanjut tentang FWD eTerm Takaful Plan dan FWD eCritical Illness Plan dan manfaatnya, sila layari fwd.com.my/direct/epf. Sebagai alternatif, hubungi 1300 131 005 atau e-mel [email protected] untuk maklumat lanjut.




































