Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Terengganu, Dato Dr Mustapha Ahmad Marican yang juga Professor Adjung Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkata, aktiviti jenayah kini berlaku dalam pelbagai bentuk dan semakin kompleks apabila ia membabitkan sindiket yang terancang.

Bellau berkata, semua pihak perlu memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia, Maritim Malaysia, SPRM dan lain-lain agensi yang berkuasa bagi mencegah jenayah khususnya Jenayah Rentas Negara seperti dadah, Scammer, penyeludupan manusia dan barang.

“Begitu juga jenayah yang berpusat di negara ini perlu dicegah dan dibanteras. Ia memerlukan kerjasama semua pihak bagi membantu pihak berkuasa untuk sama sama melihat negara kita aman dan bebas jenayah,” katanya.

Mustapha berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Pengarah Searcct Ambasador, Khairi Omar di pejabatnya baru baru ini.

Sementara itu, Dr Mustapha yang turut bertemu dengan He. Nasir Saleh Penasihat kementerian Komunikasi Cambodia dan Presiden Muslim Media Center Cambodia di pejabatnya di Phnom Penh.

Beliau berkata, antara perkara yang disentuh adalah berkaitan umat Islam Kemboja, ekonomi, pendidikan dan sosial.

Menurutnya, saluran media sosial perlu di manfaatkan untuk kepentingan belia muslim Kemboja membabitkan pendidikan seterusnya mewujudkan rangkaian perniagaan online dan perlu bersaing dalam perniagaan masa kini.

“Peranan kementerian penerangan Cambodia juga penting menyalurkan makkumat untuk penduduk luar bandar melalui media sosial.

“Selain itu, pelbagai isu dibincangkan bagi kebajikan umat Islam Cambodia keseluruhannya,” katanya.