Minat yang semakin berkembang terhadap trak pikap, antara lain disebabkan oleh Isuzu D-Max serba baru, telah menyumbang kepada rekod jualan baru Isuzu Malaysia.

Dengan 4,237 unit didaftarkan sejak Januari hingga Jun tahun ini, syarikat menyaksikan peningkatan mendadak sebanyak 143% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2021.

Lebih penting, angka jualan bagi tempoh separuh pertama tahun ini sudah setanding dengan pencapaian tahun 2021 iaitu 4,601 unit. Ini telah melonjakkan jenama berkenaan ke kedudukan ketiga dalam segmen trak pikap.

Gergasi trak dari Jepun ini mencetus fenomena global dengan Isuzu D-Max serba baru yang telah memberi takrifan segar terhadap penampilan trak pikap, prestasi serta rasa melalui model generasi ketiga diperkenalkan.

Dari versi Single Cab untuk tugasan lasak hinggalah kepada varian X-Terrain yang canggih dan lengkap dengan pelbagai ciri maju, Isuzu berjaya menyuntik pelbagai kemampuan ke dalam trak berkenaan, disamping tetap memberi perhatian kepada keselesaan, keselamatan dan keseronokan pemanduan.

“Sejak pengenalan Isuzu D-Max serba baru, kami melihat pertambahan minat dalam
penggunaan trak pikap, terutamanya daripada pembeli kali pertama dan mereka yang menaik taraf kenderaan yang sangat terpesona dengan cara bagaimana D-Max mengadunkan keseimbangan antara trak pikap yang gagah dengan keselesaan dan kecanggihan kereta sedan  keluarga,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe.

Dengan prestasi enjin yang begitu anjal, penggunaan minyak yang sangat cekap, kepelbagaian penggunaan serta kadar cukai jalan yang terendah dalam kelasnya untuk pasaran Malaysia, varian 1.9 liter Blue Power terbukti menjadi pilihan paling popular dalam kalangan pembeli di Malaysia, menyumbang hampir 80% daripada jumlah keseluruhan jualan.

Varian flagship X-Terrain juga semakin mendapat sambutan, menyumbang 10% daripada
jumlah keseluruhan jualan.

Ini merupakan pencapaian membanggakan bagi Isuzu memandangkan syarikat tidak pernah menikmati penerimaan yang kukuh seperti itu dalam segmen kenderaan gaya hidup sebelum ini, dengan tumpuan hanya diberikan sepenuhnya terhadap penawaran jentera kerja yang boleh diharap semata-mata.

Bagaimanapun, dengan X-Terrain, Isuzu memasuki segmen berkenaan dengan penuh
keyakinan, menawarkan model tersebut dengan ciri keselamatan tercanggih, keselesaan
premium, kehalusan dan gaya, menjadikannya sebuah kenderaan yang sangat diinginkan oleh pelanggan.

“X-Terrain menerima sambutan hangat dalam kalangan pengguna urban. Ramai yang
menjadikan model terbabit sebagai kenderaan aktiviti gaya hidup mereka, dengan adanya
keseimbangan yang sangat baik antara ruang, kebolehan, keselesaan dan keselamatan.

Dengan kemaskini terbaru yang diberikan, termasuklah warna baru, lampu aluan, plat pelindung, pengecas Qi tanpa wayar serta peninjau sekeliling, ia menjadi sebuah kenderaan yang lebih lengkap dan membolehkan pemiliknya melakukan lebih banyak perkara dengannya,” kata Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo.

Dengan pilihan lapan varian yang ditawarkan, barisan Isuzu D-Max direka untuk memberikan kenderaan paling ideal untuk memenuhi keperluan pelanggan. Hampir semua barisan trak pikap ini hadir dengan keupayaan 4×4, dengan hanya satu varian 4×2 automatik disediakan sebagai menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengembara jarak jauh mahupun pengguna urban, dengan kos yang lebih rendah.

Untuk tahu lebih lanjut berkaitan barisan Isuzu D-Max yang ada serta untuk mengetahui yang mana satu pilihan paling sesuai untuk anda, layari pickuptruck.isuzu.net.my atau
https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/.