Lebih kurang sebulan yang lalu Zepp Health Corporation (Zepp Health) telah memperkenalkan siri jam tangan pintar mewah iaitu Amazfit T-Rex Pro dan kini sebuah lagi model baru iaitu adiknya Amazfit T-Rex 2 yang menampilkan ciri-ciri lagi ‘ganas” dan ‘gila’ khususnya untuk pemggemar aktiviti lasak.
Di bawah jenama Amazfit ini, para penggemar boleh memilih pelbaga jenis model dari peringkat permulaan sehingga ke peringkat tertinggi.
Amazfit adalah satu daripada jenama yang disukai golongan muda di seluruh dunia yang menjalani gaya hidup aktif dan positif dengan mengikut fesyen dan teknologi terbaru.
Zepp Health merekodkan lebih 100 juta orang pengguna aktif bagi produknya termasuklah jam, gegelang, alat pendengaran telinga, peralatan kecergasan dan aksesori lain.
Apa yang pasti jam pintar pelbagai guna menawarkan pelbagai ciri-ciri tertentu kepada para pembeli yang sudah pasti berhasrat untuk meneroka pelbagai ciri-ciri istimewa pada setiap model yang dibeli.
Pengalaman dari pengguna jam pintar T Rex-2 ini mendapati ia mengatasi jam tangan pintar yang berjenama lain berikutan ciri-ciri yang menakjubkan.
T-Rex 2 didatangkan dengan bezel yang diperbuat dari polikarbonat yang melindungi skrin AMOLED. Ia dilindungi oleh kaca terbaja (tempered glass) anti cap jari yang menahan skrin itu dari mudah tercalar. Ia amat melindungi khususnya pemakai yang melakukan aktiviti kasa dan lasak dan mudah dicuci.
Antara ciri-ciri model ini ialah dual band dan lima kedudukan satelit, 15 ujian gred ketenteraan dengan 150 mod sukan, 24 hari jangka hayat bateri dan paparan pemuka AMOLED sentiasa hidup, 10 ATM kalis air, skrin AMOLED 1.39 inci, ketahana haba sehingg 70 celcius, kalis sejuk sehingga -40 celcius, 240h kalis kelembapan dan kalis semburan garam sehingga 96h.
Model ini didatangkan dengan warna Astro Black & Gold, Ember Black, Wild Green dan Desert Khaki.
Selain dari pelbagai ketahahan yang disertaka di dalam jam pintar ini, ia turut menampilkan ciri-ciri kesihatan seperti 24 jam pemantauan kadar jantung, kadar kandungan oksigen dalam darah, peringkat stress, pengiraan manual untuk kadar jantung dan kualiti tidur di siang hari dan lain-lain.
Turut diukur dengan menggunakan jam ini ialah sisitem penilaian kesihatan, latihan pernafasan, peringatan kesihatan.
Pengguna harus memuat turut aplikasi Zepp bagi memadan jam tersebut dengan ciri-ciri dinyatakan di atas.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan jam pintar ini, boleh melayari Shopee: https://bit.ly/TREX2 dengan harga jualan dicadangkan RM799 bermula 6 Julai 2022.