Dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa di seluruh rantau ini, sebahagian besar penerbangan antarabangsa AirAsia kini beransur ke tahap pra-pandemik dan platform beli-belah bebas cukai dalam talian syarikat, airasia travelmall di airasia Super App ingin tawarkan lebih fleksibiliti dan kemudahan dengan ciri pra-tempah beli-belah bebas cukai di peringkat antarabangsa dan tempatan.

Dengan menekan ikon ‘Travelmall’ sebelum penerbangan anda yang seterusnya, tetamu kini boleh menyemak imbas pelbagai pilihan penjagaan kulit, wangian, fesyen, alat-alatan dan minuman daripada pelbagai jenama serta pra-tempah barangan bebas cukai dan dihantar terus ke tempat duduk dalam penerbangan anda.

Pelancong yang menuju ke Langkawi boleh mempunyai pilihan untuk menghantar barangan bebas cukai mereka ke hotel mereka atau mengambilnya di kedai yang terdapat di pulau tersebut.

Selain ciri baharu, tetamu kini boleh mendapat manfaat daripada tawaran yang lebih menarik melalui rangkaian produk yang lebih luas kerana airasia travelmall turut mengumumkan siri kerjasama dengan peruncit bebas cukai antarabangsa dan tempatan terkemuka, termasuk Heinemann Duty Free, Chocolate Box, Jet.Set.Go, FlamenCo, Delicacies of Malaysia, Sprint-Cass, J&S Duty Free dan banyak lagi.

Bersempena dengan pelancaran ciri dan kerjasama baharu yang menarik, pengguna aplikasi dan dalam talian dengan tempahan penerbangan antarabangsa boleh menikmati diskaun sehingga 60% untuk barangan bebas cukai terpilih, serta diskaun RM80 dari troli beli-belah mereka (selain harga bebas cukai) dengan kod promosi TMDUTY80 semasa pembayaran dari sekarang hingga 30 Jun 2022.

Rose Lam, Ketua airasia travelmall berkata, “Kami melihat penyambungan semula penerbangan antarabangsa yang berterusan merentasi rangkaian AirAsia kembali kepada kapasiti pra-pandemik, terdapat juga peningkatan permintaan dalam membeli-belah barangan bebas cukai dalam kalangan pelancong ke peringkat antarabangsa.

Ciri baharu kami membolehkan tetamu pra-rancang pembelian barangan bebas cukai mereka dengan membeli sekurang-kurangnya 48 jam sebelum mereka terbang dengan mana-mana penerbangan antarabangsa dari Malaysia.

Ini membolehkan mereka menjimatkan masa tanpa tergesa-gesa untuk membeli-belah sebelum penerbangan merek dan juga ruang bagasi mereka kerana barangan bebas cukai boleh dihantar terus ke tempat duduk mereka dalam penerbangan.