Pengeluar kenderaan premium membekali BMW X5 xDrive45e M Sport yang dipasang di dalam negara dengan kelengkapan baharu untuk memperkayakan lagi versatiliti jentera SAV elektrik bertaraf premium ini.
BMW Malaysia telah mengumumkan kelengkapan baharu bagi BMW X5 xDrive45e M Sport yang dipasang secara domestik, ia bukan sahaja memperkayakan lagi iras menawan jentera SAV elektrik bertaraf premium ini, tapi juga ciri keselamatan dan kebolehlihatan – memastikan pengguna dapat terus berlapang dada.
BMW X5 xDrive45e M Sport baharu kini akan dilengkapi dengan BMW Laserlight untuk keupayaan pencahayaan yang lebih luas, meningkatkan daya kebolehlihatan di atas jalan raya demi keselamatan pemandu.

Lampu Hadapan Adaptif (Adaptive Headlights) dengan BMW Selective Beam dilengkapi dengan modul-modul lampu puncak laser yang membekalkan intensiti cahaya bertahap lebih tinggi berbanding lampu dwi-LED.
Dari segi penambahbaikan ciri keselamatan, BMW X5 xDrive45e M Sport baharu juga akan
menampilkan Perlindungan Aktif (Active Protection), yang bakal menyaksikan dua lagi beg udara sisi dirangkumkan di baris kedua jentera ini, lantas menjadikan angka keseluruhan beg udara di dalam BMW X5 xDrive45e M Sport mencecah lapan unit.
Sekiranya kemalangan dijangka berlaku, fungsi Perlindungan Aktif tersebut akan menyediakan penumpang di dalam kabin untuk bersedia menghadapi perlanggaran. Contohnya, tingkap serta bumbung matahari akan tutup secara automatik untuk memastikan tahap keselamatan yang tertinggi buat semua penumpang.

Disamping itu, BMW X5 xDrive45e M Sport baharu juga dilengkapi dengan prapenegang tali pinggang keledar boleh balik (reversible seatbelt pre-tensioning) di mana apabila tali pinggang keledar dipasang, motor elektrik akan mengetatkan tali keledar hingga ketegangan yang sesuai secara automatik, berdasarkan badan penumpang.
Akhir sekali, turut menambah gaya sensasi BMW X5 xDrive45e M Sport atau nama timangannya, The Boss, ialah roda aloi 741M bersaiz 21 inci dalam warna Orbit Grey. The Boss masih akan hadir dengan Live Cockpit Professional, Driving Assistant, Parking Assistant Plus, Rear Seat Malaysia Entertainment, serta upholsteri bermaterialkan kulit Vernasca tulen – menjulang ciri kemewahan SAV ini, disinambungkan dengan prestasi sporty yang tiada bandingan dalam segmennya.
Program pembiayaan dinamik.
Dengan ‘Easy Drive Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services
Malaysia, BMW X5 xDrive45e M Sport baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 4,882.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh.
Pemilik jentera BMW X5 xDrive45e M Sport terbaharu ini juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:
• Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis
Berjadual Percuma
• Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
• Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’- BMW Privileges Card
• Servis Dalam Talian BMW
Harga jualan bagi BMW X5 xDrive45e M Sport baharu dengan Inklusif Servis dan Pembaikan BMW serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah: RM457,498.37




































