Najihah sering berulang-alik antara telefon dan tabletnya untuk bekerja, justeru, ciri ketersambungan merentas peranti, App Continuity, telah menjadi penyelamatnya.
Ia menyegerakan data aplikasi antara dua peranti Samsung, membolehkan anda berkongsi papan keratan anda dan memulakan kerja anda dari tempat anda berhenti pada peranti lain.
Anda tidak akan ketinggalan dan melalui kerumitan untuk memulakan tugas anda sekali lagi – anda boleh menyemak imbas halaman web yang sama dengan mudah dengan hanya satu ketikan – selagi ciri App Continuity pada peranti lain dihidupkan.
Lebih-lebih lagi, jika anda sentiasa diluar untuk mencari inspirasi untuk projek anda yang seterusnya tetapi bimbang tentang merosakkan telefon anda, anda bertuah! Galaxy A33 5G menggunakan Gorilla Glass 5 untuk mengurangkan kerosakan jatuh dan mengekalkan penarafan IP67 yang sama untuk tahan habuk dan air.
Najihah terkejut melihat betapa kukuhnya telefon ini – kerana ini amat berguna untuknya, yang sentiasa berada di luar, sama ada untuk bekerja atau beriadah.

Memandangkan dia bergantung pada telefon pintarnya untuk melakukan kerja penyuntingannya–keupayaan peranti untuk hidup lama adalah sama pentingnya. Najihah teruja berkongsi pengalamannya dengan hayat bateri Galaxy A33 5G – kapasiti 5,000mAh yang boleh bertahan sehingga dua hari, yang merupakan salah satu daripada banyak perkara yang dia suka tentang telefon tersebut!
Lebih baik lagi, jika anda kehabisan kuasa kerana penggunaan yang tinggi, Pengecasan Pantas 25W akan membolehkan bateri anda kembali ke kuasa penuh dalam masa yang singkat – membolehkan anda menyelam kembali ke mod pencipta!
Dengan pengalaman Najihah dengan Galaxy A33 5G yang direka dengan baik, dia percaya peranti ini telah memberikannya fleksibiliti yang dia perlukan dalam menghidupkan ciptaannya.
Tambahan, ia sangat berpatutan! Galaxy A33 5G sedia untuk pembelian di mana-mana Samsung Experience Stores, Samsung Authorized Dealers dan Samsung Malaysia Online Store.
Tambahan, mulai hari ini hingga 31 Julai 2022, anda boleh mendapat diskaun 20% Samsung Care+ dengan pilihan sehingga 2 tahun apabila anda membeli mana-mana peranti Siri Galaxy A terbaharu.
Lebih baik lagi, nikmati penjimatan hebat dengan promosi Overtrade apabila anda menukar beli peranti layak anda dan terima lebihan nilai hingga RM150 tambahan kepada nilai tukar beli. Selain itu, dengan setiap pembelian peranti, anda boleh menikmati 6 bulan storan 100GB OneDrive secara percuma – memastikan semua gambar dan fail penting anda
selamat!







































