Love Beauty and Planet (LBP) telah mengisytiharkan untuk menanam sebatang pokok baharu bagi setiap pembelian botol syampu atau perapi LBP.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan mereka ke atas usaha
kelestarian yang bertujuan untuk memulih dan memperbaiki bukan sahaja kehidupan orang ramai, tapi juga menjamin kelangsungan planet ini.
Sebagai salah satu #smallactsoflove mereka bagi planet ini, inisiatif penyusutan karbon tersebut akan menyaksikan sebatang anak pokok baharu ditanam di Borneo bagi setiap
botol produk LBP yang terjual.
Ia dijalankan menerusi usaha sama yang dijalin dengan APE Malaysia dan akan mendukung usaha penghutanan semula perusahaan sosial tersebut di Santuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan bagi memulihara kepelbagaian flora dan fauna di hutan hujan yang unik ini.
Natalie Goh, Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Rambut dari Unilever berkongsi,
“Love Beauty and Planet terlahir khususnya untuk memperkasakan setiap individu yang
kami temui dalam berkongsi semangat keprihatinan, yakni bagi menjamin kelangsungan
planet kita yang indah ini.

Inisiatif kelestarian kami yang terbaharu membuktikan kenyataan tersebut kerana sasaran kami bukan sahaja berpaksikan keperluan sebuah generasi yang cakna dengan ‘kecantikan bersih’ dan kepentingan sosial semata-mata, malah juga sebuah generasi yang mendukung gagasan kecantikan bersifat lestari bagi membolehkan kita semua mencintai dan menjaga diri masing-masing tanpa membinasakan alam sekitar.”
Khas untuk rambut anda serta ekosistem bumi ini yang anda kasihi, barisan produk syampu dan perapi Blooming Colour oleh Love Beauty and Planet dirumus untuk menyinarkan rambut anda, di samping melindungi rambut berwarna menerusi produk Murumuru Butter & Rose.
Diharapkan barisan produk yang unik dapat mendorong rakyat Malaysia untuk menyayangi diri mereka dengan memilih produk yang diperbuat daripada 100% bahan
semula jadi, sambil mencintai planet ini dengan menggunakan botol produk Love Beauty
and Planet yang 100% boleh dikitar semula.
Barisan syampu dan perapi oleh Love Beauty and Planet boleh didapati di semua outlet
Watsons seluruh negara, pada harga RM32.00 sebotol. Dapatkan maklumat lanjut
mengenai inisiatif satu botol satu pokok oleh LBP, serta barisan produk lestari mereka
melalui laman sesawang rasmi ini.






































