GoCar Malaysia, peneraju platform mobiliti sebagai perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan hari ini mengumumkan bahawa penyelesaian servis dan penyelenggaraan kereta digitalnya, GoCar Garage kini sudah berada di Johor Bahru, Pulau Pinang dan Melaka.

Syarikat juga telah menambah lebih banyak lokasi Garage di Lembah Klang untuk memenuhi permintaan servis yang kian meningkat.

Pengembangan itu hadir menerusi satu siri kerjasama strategik dengan bengkel-bengkel sah dan bebas (dikenali sebagai Garage). Rakan-rakan Garage ini dipilih melalui satu proses penilaian yang ketat bagi memastikan standard kecemerlangan servis GoCar Garage dipenuhi.

Sebanyak 20 rakan telah menyertai platform GoCar Garage dengan banyak lagi bengkel akan turut serta dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Ideal untuk mereka yang sentiasa bergerak, GoCar Garage menawarkan satu platform mudah yang menyeluruh dengan struktur harga telus bagi pelbagai jenis servis kenderaan melibatkan semua jenama dan model kereta penumpang, sama ada jenama tempatan, Asia atau continental.

Pelanggan juga boleh memanfaatkan kadar yang mampu milik dengan harga bermula RM98 untuk pakej minyak mineral.

Hanya menerusi aplikasi mudah alih GoCar, pelanggan boleh memilih pakej servis kenderaan dan jadual yang mereka mahukan dengan mudah. Selain mengesahkan
temu janji servis dan membuat pembayaran pada bila-bila masa, di mana-mana
sahaja.

Lebih penting lagi, pelanggan dijamin dengan ketelusan sepenuhnya kerana mereka
boleh menilai semula sebut harga ke atas semua kerja baik pulih sebelum juruteknik
GoCar Garage memulakan kerja.

Proses pra-kelulusan ini memastikan tiada sebarang caj tersembunyi atau kos-kos yang mengejutkan.

“Maklum balas yang diterima daripada pelanggan di Lembah Klang sangat menggalakkan. Jelas sekali wujud permintaan terhadap platform servis kereta yang menyeluruh dan telus seperti GoCar Garage, terutama untuk kenderaan yang sudah tamat tempoh jaminannya. Matlamat kami sekarang adalah untuk membina dan mengembangkan rangkaian Garage ke seluruh negara.

Jadi, kami ingin mahu lebih dekat dengan pelanggan untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun.

“GoCar fokus untuk menawarkan penyelesaian mobiliti yang lebih mudah dan pintar kepada seluruh rakyat Malaysia dan GoCar Garage merupakan contoh terbaik komitmen ini,” katanya.