Jualan pelancaran HONOR Magic4 Pro pada Sabtu lalu bukan sahaja mendapat respons positif, malah menjadi tajuk utama berita apabila orang ramai beratur panjang untuk mendapatkannya di kedai-kedai HONOR Experience seluruh negara dan pembelian dalam talian.

Pembeli yang mendapatkannya semasa tempoh jualan pelancaran layak untuk hadiah percuma bernilai sehingga RM1,207 termasuk HONOR Earbuds 3 Pro terbaharu berharga RM699 yang didatangi dengan tempoh lanjutan jaminan satu tahun berserta enam bulan perlindungan skrin.

Digelar sebagai “telefon pintar terlalu hebat untuk dipercayai”, HONOR Magic4 Pro sangat sesuai untuk dipadankan dengan HONOR Earbuds 3 Pro. Kedua-duanya berfungsi untuk menyelesaikan masalah penggunaan biasa menerusi teknologi inovatif dan termaju dalam industri.

#1 TWS Earbuds Pertama Dunia dengan Pemantauan Suhu AI

Selain menghasilkan bunyi dalam kualiti terbaik, HONOR Earbuds 3 Pro dengan ciri Pemantauan Suhu AI mampu memantau dan menjejak data pengguna secara pintar melalui pengesan dalaman dan algoritma AI. Ciri-ciri ini sesuai untuk pengguna yang
mementingkan kesihatan, tambahan pula pemantauan suhu kini menjadi amalan
biasa sepanjang era pandemik.

#2 Mod-mod Pembatalan Hingar Aktif – Pelarasan pintar mengikut keadaan HONOR Earbuds 3 Pro secara pintar mampu mengenal pasti bunyi persekitaran dan menukarnya antara tiga mod Pembatalan Hingar Aktif (Adaptive ANC) iaitu Mod Ultra, Mod Umum, dan Mod Selesa.

Pengguna boleh menukar Mod Ultra untuk mendengar muzik tanpa bunyi bising di sekeliling dengan adanya kedalaman pembatalan hingar 46 dB yang membolehkan pengguna menikmati muzik dengan tenang dan selesa.

#3 Pembatalan Panggilan Hingar AI – Pembatalan hingar AI mengikut situasi
Ada situasi kita terpaksa mencari kawasan senyap semata-mata untuk mendengar panggilan yang jelas. Di sini, HONOR Earbuds 3 Pro mampu mengatasi masalah tersebut menerusi teknologi pengurangan hingar panggilan pengesahan suara tulang AI (Pembatalan Penggilan Hingar AI) yang boleh menghalang bunyi sekeliling termasuk angin dan gema. Hanya suara sahaja yang jelas didengari dengan gangguan minimum.

#4 Pengecasan Pantas 5C Pertama Dunia dalam TWS Earbuds – Cas 5 minit untuk menikmati muzik 2 jam tanpa henti

HONOR Earbuds 3 Pro merupakan earbuds TWC pertama di dunia yang mempunyai ciri-ciri teknologi pengecasan pantas 5C dengan masa “standby sehingga 36 jam tanpa perlu dicas. Dengan pengecasan 5 minit membolehkan pengguna serta merta kembali mendengar muzik kegemaran mereka selama 2 jam tanpa henti.

Pengguna boleh menjangkakan peningkatan kuasa sehingga 65% hanya dalam masa 10 minit pengecasan. Bukan itu sahaja, pengguna boleh mengecas sarung tanpa wayar dengan HONOR Magic4 Pro.

Pastikan anda membawa pulang HONOR Earbuds 3 Pro hari ini! Kunjungi pembukaan besar-besaran Kedai HONOR Experience di Pavilion Elite, Kuala Lumpur pada Ahad ini, 19 Jun 2022 dan dapatkan HONOR Magic4 Pro dengan tawaran hadiah percuma HONOR Earbuds 3 Pro!