IJM Land sekali lagi telah membuktikan sentuhan emasnya bukan sekadar membangunkan
kediaman, malah turut tampil dengan hab komersial yang diidamkan.
Keunggulannya dibuktikan menerusi pembangunan Bandar Rimbayu yang menjadi perbandaran bersepadu yang komprehensif dan lestari.
Berikutan sambutan yang menggalakkan terhadap pembangunan rancak yang sedang dimajukan seperti Starling, Robin, dan Uptown @ Rimbayu, Bandar Rimbayu kini bersedia menuju ke hadapan menerusi pelancaran Uptown Square, sekali gus menjadikan perbandaran yang pesat ini bakal menyajikan permandangan yang meriah untuk pelawat dan penduduk.

Sinonim dengan pelbagai konsep pembangunan IJM Land, Uptown Square memiliki karakter pembangunan yang dirancang dengan teliti. Ia memberi penekanan kepada tahap baharu menerusi pelan tapak yang merangkumi ruang serbaguna dan taman mini.
Halaman dan taman mini ini memberikan komuniti kejiranan pelbagai pilihan untuk menggunakan ruang awam. Ia memiliki pelbagai fungsi termasuk ruang bersukan seperti bola keranjang, berfungsi sebagai pasar lambak/pasar malam, dan ruang pameran atau tapak untuk meraikan pelbagai perayaan.
Memandangkan persekitarannya yang berdekatan dengan pusat komersial dan kediaman di Shah Alam serta Kota Kemuning, perbandaran ini telah menjadi lokasi tumpuan pengunjung dan penduduk.
Malah, Bandar Rimbayu juga menjadi lokasi strategik dengan memiliki akses kepada empat pintu masuk dan keluar utama termasuk Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah
Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Pantai Barat (WCE), yang dijangka siap pada 2024.
Menjadi sebahagian daripada Hab Perniagaan Rimbayu, Uptown Square dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM308 juta ini menawarkan keseluruhan 119 unit dengan saiz dari 3,300 hingga 7,539 kaki persegi.

Pelan unit yang ditawarkan itu dibahagikan kepada dua dan tiga tingkat dengan setiap unit tampil menerusi susun atur yang praktikal. Lebih menarik, pembangunan baharu ini memiliki beberapa pintu masuk dan keluar unik yang diatur secara bersesuaian dengan tempat letak kereta.
Susun atur komersialnya terutama unit dengan beranda pula menawarkan kawasan yang lebih luas untuk persediaan perniagaan yang lebih baik.
Untuk rekod, Hab Perniagaan Rimbayu direka untuk populasi penduduk yang besar dan ia bersedia untuk menjadi hab perniagaan yang disegani menerusi penawaran pelbagai segmen perniagaan seperti makan & minuman, hotel & institusi, pusat beli-belah berkediaman, pusat sukan, bilik pameran dan pejabat korporat.
Bandar Rimbayu yang berhampiran dengan pusat komersial dan kediaman di Shah Alam dan Kota Kemuning telah mengubah daerah ini menjadi kawasan tumpuan.
Perbandaran ini menawarkan pelbagai pilihan kemudahan gaya hidup termasuk premis pandu lalu Starbucks, Mcdonald’s dan Kenny Rogers.
Di samping itu, penduduk dan pengunjung juga dapat menikmati aktiviti harian seperti membeli-belah barangan runcit di Jaya Grocer atau singgah ke kedai seperti Mr. DIY atau Harvey Norman di Quayside Mall untuk memenuhi gaya hidup mereka.





































