MICHELIN, syarikat tayar terkemuka di dunia baru sahaja mendedahkan MICHELIN Primacy SUV+, tayar SUV keluarannya yang terbaharu dengan penambahbaikan prestasi dan liputan saiz yang lebih luas bagi memenuhi keperluan para pengguna serta pasaran SUV yang kian berkembang.
Berbekalkan aneka teknologi MICHELIN yang serba baharu dan yang diperhalusi, MICHELIN Primacy SUV+ membekalkan ciri-ciri keselamatan yang berpanjangan – biar dalam kondisi jalan raya yang basah mahupun kering, walaupun setelah tayar ini mengalami kehausan – sekali gus menjanjikan sebuah pengalaman pemanduan yang mesra pengguna lagi berbaloi.
Pengarah Urusan MICHELIN Malaysia, Oliver Biggart berkongsi: “Diunjurkan bahawa dari tahun 2021 hingga 2026, pasaran SUV di benua Asia Timur akan terus berkembang sebanyak 5.9% saban tahun dan akan menggapai pertumbuhan sebanyak 33% menjelang 2026.
Dengan pelancaran MICHELIN Primacy SUV+, kami yakin bahawa kami mampu menguasai dan merealisasikan potensi sebenar pasaran SUV, kerana produk ini bukan sahaja menjanjikan sebuah portfolio yang lengkap untuk jentera SUV, malah ia turut didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan yang dirumus untuk berkekalan, di samping kelebihannya yang lain seperti jangka hayat yang terbaik dalam pasaran, berciri senyap dan menyelesakan – menjadikannya tayar yang sempurna untuk pemanduan harian serta perjalanan yang panjang.”
Tayar MICHELIN Primacy SUV+ dilengkapkan dengan ciri-ciri teknologi baharu seperti:
1) Rekaan dinding sisi ‘MICHELIN Premium Touch’* dengan tekstur mikro umpama baldu (velvet) yang memperkayakan lagi estetika SUV yang mengenakan tayar ini.
2) Kandungan silika lebih tinggi dan polimer fungsian meningkatkan prestasi pembrekan
basah dan kering tanpa mengkompromikan daya perbatuan atau rintangan guling.
3) MaxTouch Construction TM yang mengoptimumkan permukaan kontak bagi menjamin
kehausan yang sekata serta jangka hayat bunga tayar yang lebih panjang.
MICHELIN Primacy SUV+ juga menampilkan teknologi MICHELIN yang dinaik taraf – termasuk ciri kedalaman penuh dan sisip (sipe) berketumpatan tinggi dengan rekaan alur berbentuk U untuk mengekalkan taraf keselamatan yang tertinggi walaupun setelah tayar tersebut haus – khususnya di atas jalan basah; Blok bunga tayar dengan permukaan serong pula mencegah blok tersebut daripada mengherot akibat tekanan; dan sisip StabiliGrip untuk prestasi pembrekan basah dan kering yang lebih cemerlang, disumbang oleh ciri ketegaran yang optimum serta daya pemugaran air yang lebih baik.
“Penambahbaikan aspek keselamatan yang signifikan pada MICHELIN Primacy SUV+ dibuktikan melalui pelbagai ujian, yang bukan sahaja mempamerkan kecemerlangannya berbanding tayar pesaing-pesaing yang lain, malah turut memberi keyakinan serta kawalan yang maksimum kepada para pengguna SUV,” tambah Biggart.
Berdasarkan hasil ujian tersebut, di atas jalan basah, apabila dibandingkan dengan pesaing-pesaing utamanya, MICHELIN Primacy SUV+ mampu berhenti dalam jarak 3.3 meter lebih singkat dalam keadaan baharu, dan 4.2 meter lebih singkat dalam keadaan haus.
(1) Di jalan kering, dalam keadaan baharu, ia mampu berhenti dalam jarak 2.3 meter lebih singkat. (2) Dan daya perbatuannya pula adalah 10% lebih jauh berbanding nilai purata pesaing. (3) MICHELIN Primacy SUV+ kini disediakan di semua pusat pengedaran tayar Michelin yang bertauliah di Malaysia dalam 26 dimensi, termasuk 7 yang baharu, merentasi lingkungan saiz dari 16 hingga 20 inci. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.MICHELIN.com.my/.