All Nippon Airways (ANA) menjadi syarikat penerbangan global terbaharu untuk memanfaatkan dan membenarkan penjualan penerbangan mereka pada platform Ejen Perjalanan Dalam Talian (OTA) airasia Super App, membolehkan semua pengguna aplikasi super paling pesat berkembang di Asean itu untuk menerokai Jepun.
Ruang penerbangan ANA yang luas juga menawarkan pelbagai pilihan kabin termasuklah penerbangan untuk kabin Kelas Pertama, Kelas Perniagaan, Kelas Ekonomi Premium dan Ekonomi yang merupakan antara pilihan unik yang boleh dipilih para pengembara.
Sebagai ahli Star Alliance, ANA mempunyai kerjasama sebagai rakan kongsi dengan lebih 35 syarikat penerbangan yang terbang ke 50 destinasi di sekitar Jepun dan 32 destinasi antarabangsa di seluruh rantau Asia, Eropah dan Amerika.
Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, “Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan sebuah lagi syarikat penerbangan terkenal dunia, ANA, ke platform Ejen Perjalanan Dalam Talian (OTA) airasia Super App kami, sebagai satu lagi kejayaan dalam membuktikan keupayaan dan prospek masa depan kami sebagai sebuah pasaran yang kukuh dengan khalayak sasaran yang tepat untuk semua jenis syarikat penerbangan di seluruh rantau ini.
Dengan lebih banyak syarikat penerbangan membenarkan penjualan tiket penerbangan mereka di platform OTA airasia Super App, kami yakin bahawa kami akan terus melihat kenaikan trend untuk perkembangan bulan ke bulan dua angka semasa platform OTA kami untuk tempahan daripada syarikat penerbangan lain.
“Kami berharap dapat bekerjasama dengan syarikat penerbangan lain di seluruh dunia untuk menggiatkan semula industri pelancongan dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa. Penambahan ANA ke dalam senarai syarikat penerbangan terkenal kami di platform OTA airasia Super App juga sangat tepat pada masanya, sejajar dengan pengumuman Jepun mengenai rancangannya untuk membuka semula sempadannya kepada pelancong antarabangsa mulai Jun baru-baru ini ,” tambah Woo.
“Melalui kolaborasi bersama airasia Super App, para pengembara dapat membuat tempahan penerbangan ANA untuk menerokai negara Matahari Terbit itu atau destinasi antarabangsa yang lain dengan mudah. ANA dan airasia Super App akan terus bekerjasama selari dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa dalam meningkatkan pengalaman pelanggan dan memastikan perancangan perjalanan semudah mungkin,” kata Minoru Kusakabu, Pengurus Besar Pejabat ANA di Kuala Lumpur.
Tempah percutian anda yang seterusnya ke Jepun dan Amerika bersama ANA dengan menekan pada ikon ‘Flights’ pada aplikasi airasia Super App pada bila-bila masa!
Selain ANA, platform OTA airasia Super App juga menawarkan lebih 700 syarikat penerbangan terkenal lain seperti Turkish Airlines, Emirates, Air New Zealand, KLM dan banyak lagi.
Selain penerbangan untuk syarikat penerbangan lain, platform OTA airasia Super App juga menyediakan lebih 700,000 pilihan hotel di seluruh dunia melalui kerjasamanya bersama beberapa jenama terkemuka seperti Trip.com, MG Group, WebBeds dan banyak lagi. Pihak yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada platform OTA airasia Super App boleh terus berhubung melalui [email protected] .