Buat pertama kali di Asia, teknologi canggih Jerman, Kikoo SleepTech akan mula dijual bagi membantu pelanggan mendapatkan suhu yang sesuai untuk tidur yang selesa setiap malam.
Memahami bahawa turun naik suhu akan memberi kesan terhadap kualiti tidur seseorang,
Slumberland telah mengintergrasikan teknologi Kikoo inovatif yang menggunakan jalur grafit ke dalam produk tilam terbarunya, TempSmartTM 5.0.
Teknologi dari Jerman ini bergabung secara harmoni bersama TempsmartTM bagi menambahbaik ciri kawalan suhu tilam.
President Rantau Asia Hilding Anders Group, Marco Righi berkata, “Perubahan cuaca yang
tidak menentu dan akut adalah perkara biasa dialami oleh rakyat Malaysia. Selain suhu di
sekeliling kita, haba badan kita juga akan terkumpul dalam tilam yang menyebabkan tidur
menjadi tidak selesa.

Malah suhu katil anda boleh memberi perbezaan yang ketara kepada kualiti tidur. Kikoo bersama-sama dengan teknologi TempSmartTM kami menyerap haba yang berlebihan untuk memastikan bilik tidur nyaman dan membebaskan haba untuk memastikan tidur tetap hangat.
Dengan menyesuai dan mengawal selia mengikut perubahan suhu badan, ia membantu mewujudkan suasana tidur yang optimum. Gabungan teknologi unik menjadikan siri TempSmartTM 5.0 dua kali lebih berkesan.”
Dihasilkan di Jerman dengan ketepatan, kepintaran dan berkualiti, Kikoo ialah satu-satunya
teknologi penyejuk semula jadi dan berterusan yang mampu membantu pengguna tidur
dengan nyenyak untuk lebih 12 jam.
Ciri-ciri Tilam TempSmartTM 5.0 dan Kelebihannya
Menggunakan kepakaran lebih 100 tahun dalam inovasi dan rekod pencapaian 40 tahun
dalam membantu rakyat Malaysia tidur dengan selesa, Slumberland secara berterusan
menyediakan teknologi terbaharu untuk tidur yang lebih baik.
Slumberland melalui beberapa fasa penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan
produk berkualiti seperti tilam TempSmartTM. Ia mengadaptasi teknologi yang asalnya
digunakan oleh NASA untuk kegunaan dalam sut angkasa dan sarung tangan bagi melindungi angkasawan daripada suhu turun naik yang ekstrem.

Tilam TempSmartTM dilengkapi dengan mikrokapsul yang dimasukkan sebagai pelengkap pada fabrik atau diserap ke dalam serat semasa proses penghasilan. Jutaan mikrokapsul akan menyerap lebihan haba yang dikeluarkan badan, menyimpan dan mengeluarkan haba
tersebut apabila diperlukan, selain menjadi pemangkin keselesaan optimum semasa tidur.
Sebagai tambahan kepada Kikoo dan TempSmartTM, produk tilam terbaharu ini menampilkan tujuh ciri-ciri lain, iaitu Spring on Spring, Tencel, HyCare, bulu biri, bulu kuda, getah asli dan bekas ventilasi.
Ia bagi menyediakan tidur yang nyaman dan berbau segar walaupun selepas digunakan bertahun-tahun. Ini caranya Slumberland menjadi pilihan nombor satu dengan siri TempSmartTM.
Siri Slumberland TempSmartTM 5.0 boleh didapati dalam enam varian dengan harga antara
RM4,240 hingga RM 25,180 dan mempunyai jaminan 15 tahun untuk kerosakan pembuatan.
Sempena Ulang Tahun ke-40 Slumberland Malaysia, Slumberland menawarkan promosi
istimewa* dari 1 April 2022 hingga 31 Mei 2022.
Nikmati hadiah percuma bernilai RM1,537 termasuk Slumberland Royal Hotel Topper, Set Slumberland Diffuser & Essential Oil, Beg Tote Edisi Ulang Tahun Slumberland Ke-40 dan patung beruang kutub Slumberland dengan
pembelian mana-mana tilam dari siri TempSmartTM 5.0 baharu dalam tempoh promosi.
Anda juga boleh mendapatkan Slumberland Waterproof Pro Max Mattress Encasement secara percuma dan Beg Tote Edisi Ulang Tahun Slumberland ke-40 dengan pembelian mana-mana tilam dari siri FIR Vitalize.






































