Berlalu sudah zaman kita memiliki satu peranti untuk menangkap gambar dan satu lagi untuk merakam video.
Pada masa kini, ramai di antara kita, terutamanya pencipta kandungan, merakam detik kehidupan seharian kita dengan cara yang tidak pernah kita lakukan sebelum ini – dengan menghasilkan gambar yang unik, menawan, dan sukar dilupakan.
Mujurlah, dengan Galaxy A53 5G, anda boleh menangkap detik-detik penuh keajaiban yang anda lalui sekali dalam seumur hidup, contohnya seperti merakam langkah pertama bayi anda.
Peranti ini mempunyai banyak ciri yang terdapat pada siri mercu Galaxy – salah satunya
termasuk Single Take, yang menghapuskan dilema yang mungkin dihadapi oleh kebanyakan pengguna: memilih antara menangkap gambar atau merakam video pada saat tertentu.
Dengan Single Take, anda boleh merakam berbilang gambar dan video pada satu ketika sahaja dengan hanya satu ketikan butang. Kameranya yang berkuasakan AI akan mengesan apa sahaja yang ada dalam bingkai kamera.
Anda boleh berlari, melompat, menjerit dan menjadi kreatif dengan cara anda mengambil gambar dan video – gambar serta video anda akan tetap kelihatan hebat kerana ciri Single Take akan membantu anda memilih pilihan gambar yang terbaik.
Ini berguna untuk majlis-majlis istimewa, seperti sambutan hari jadi atau semasa bercuti di
mana anda ingin merakam semua kenangan tanpa perlu bersusah payah memilih sudut untuk berbilang gambar dan video – menjadikannya satu lagi ciri kamera yang anda perlukan dalam hidup anda.
Galaxy A53 5G akan menjadi jurugambar poket setia anda yang mempamerkan cerita anda dengan cara yang menarik.
Tertarik? Nah, ini berita baik! Galaxy A53 5G kini tersedia untuk dibeli di mana-mana Samsung Experience Stores, Samsung Authorized Dealers dan Samsung Malaysia Online Store pada harga runcit yang disyorkan RM1,849.
Selain itu, dari 1 April hingga 31 Mei 2022, anda akan mendapat Protective Standing Cover bernilai RM99 secara percuma dan diskaun 20% Samsung Care+ 2 dengan pilihan sehingga 2 tahun apabila anda membeli Galaxy A53 5G baharu.
Tambahan lagi, nikmati penjimatan hebat dengan promosi Purchase with Purchase “PWP” apabila anda menukar beli peranti layak anda dan terima lebihan nilai hingga RM150 tambahan kepada nilai tukar beli.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tawaran untuk peranti Galaxy A53 5G, sila layari: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-a-series-2022/






































