Mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian konvergen terkemuka negara,
Maxis telah memeterai perjanjian bersama Teladan Setia Sdn Bhd, sebuah pemaju hartanah terbesar di Melaka, untuk membawa kesalinghubungan fiber kepada penduduk di salah sebuah perbandaran di Negeri ini.

Perkongsian memanfaatkan binaan fiber Maxis untuk menyampaikan pengalaman internet rumah yang unggul kepada penduduk serta pilihan pelan fiber yang menarik.

Sebagai sebahagian dari perjanjian tersebut, Maxis akan mereka bentuk, membekal, memasang, menguji dan mentauliahkan infrastruktur perkhidmatan tetap kepada penduduk Taman Bertam Heights, Melaka.

Maxis bakal menghubungkan lebih 2,100 rumah dalam pembangunan tersebut, dengan potensi sehingga 1,000 lagi premis di Melaka pada masa akan datang.

Perkongsian ini juga adalah sebahagian daripada kerjasama beterusan Maxis dengan pemaju hartanah negara dalam menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi serta penyelesaian kesalinghubungan.

“Kerjasama strategik kami bersama Maxis adalah langkah penting dalam membangunkan
kawasan perumahan dan perbandaran. Permintaan rumah yang dilengkapi kemudahan
semakin tinggi sejak pandemik, dan kami ingin memastikan kediaman kami dilengkapi dengan penyelesaian kesalinghubungan terbaik.

Rekod prestasi Maxis dalam infrastruktur rangkaian dan perkhidmatan bakal menambah nilai kepada perbandaran dan gaya hidup digital pelanggan kami,” kata Francis Sia, Pengarah Eksekutif Teladan Setia Sdn. Bhd.

Pelan Maxis Home Fiber menawarkan rangkaian Internet kediaman dengan kelajuan pantas
sehingga 800Mbps. Pelanggan juga boleh menikmati pengalaman WiFi yang lebih baik dengan penghala WiFi 6 baharu dan WiFi mesh.

Teladan Setia telah melancarkan Presint 1 Taman Bertam Heights – sebuah perbandaran
kediaman Berpagar & Berkawal dengan GDV sebanyak RM 242.7 juta – di Melaka Tengah
pada 3 Februari.

Perbandaran itu menawarkan Rumah Berkembar 2 Tingkat dan Rumah Teres 2 Tingkat di Presint 1, dengan harga jualan seunit antara RM500,000 hingga RM750,000.