Jika anda tidak sabar untuk mendapatkan siri Galaxy A terbaharu – terutamanya Galaxy A53 5G – maka ini adalah hari bertuah anda kerana Galaxy A53 5G kini tersedia untuk dibeli di mana-mana Samsung Experience Stores, pengedar sah dan Samsung E-Store mulai hari ini!

Galaxy A53 5G memberi pengguna pengalaman peranti yang bercirikan mercu dengan inovasi Galaxy terbaru Samsung dalam reka bentuk yang bergaya.

Peranti ini memberikan pengalaman yang menyeronokkan dan mengasyikkan berkat paparan FHD+ Super AMOLED 6.5 1 inci yang besar dengan kadar penyegaran 120Hz, bersama-sama dengan bateri 5,000mAh yang boleh bertahan sehingga dua hari.

Galaxy A23

Sama ada anda mencipta kandungan hanya untuk mengisi masa lapang atau berkongsinya
dengan rakan, peranti ini dilengkapi dengan banyak ciri hebat dan menyeronokkan daripada keluarga peranti mercu kami, siri Galaxy S.

Sistem empat kamera peranti ini dilengkapi dengan kamera OIS 64MP yang mengambil imej yang sangat tajam dan jelas walaupun dalam cahaya malap. Dengan kehadiran Galaxy Experience seperti Link to Windows, Samsung Pay dan Bixby Routine, anda kini boleh menjalani hari anda dengan lebih pantas.

Sebagai tambahan kepada perkara di atas, berikut adalah sedikit kejutan – Galaxy A23 dan
Galaxy A13 juga menyertai keluarga Awesome Galaxy A! Kedua-dua Galaxy A23 dan Galaxy A13 dikuasakan oleh pemproses yang dinaik taraf yang memberikan anda lebih kuasa dan kelajuan yang akan memudahkan urusan harian anda.

Galaxy A13

Sama ada mengenai hiburan atau perniagaan, Galaxy A23 dan Galaxy A13 dilengkapi dengan pemproses Octa-Core sehingga 6GB RAM dan 128GB storan dalaman yang boleh ditingkatkan dengan storan sebanyak 1TB dengan kad MicroSD.

Galaxy A23 dan Galaxy A13 kini memberi anda Paparan Infinity-V 6.6-inci 5 sejernih kristal dan tanpa gangguan yang membolehkan anda menonton lebih banyak rancangan TV kegemaran anda.

Selain itu, kedua-dua peranti turut menampilkan Dolby Atmos® 6 yang membawa pengalaman visual anda ke tahap seterusnya dengan audio yang lebih mengasyikkan dan
menawan semasa anda bermain permainan maya atau menggunakan aplikasi hiburan.

Dengan bateri 5,000mAh yang besar, anda boleh terus melakukan perkara yang anda suka untuk jangka masa yang lebih lama, tanpa kebimbangan.

Peranti Hebat, Tawaran Hebat

Jadi, yang mana satu menjadi pilihan anda? Untuk mana-mana tiga model, anda akan
menerima hadiah percuma apabila anda membeli Galaxy A kegemaran anda: