Funnel Evo Sdn Bhd (FunnelEvo) bakal melancarkan sistem ‘kuasa’ pada 1 April 2022 bertujuan membantu usahawan meningkatkan jualan bisnes melalui platform terbaru mereka.

Sistem KUASA, merupakan penjenamaan semula dari sistem sedia ada iaitu Saleskip. SaleSkip diasaskan oleh Mohd Fahdi Mohd Ghazali, Pengerusi FunnelEvo yang juga dikenali sebagai Pakar Pemasaran Digital di Malaysia.

SaleSkip ditubuhkan untuk membantu peniaga menguruskan bisnes secara automatik dengan lebih cepat dan terurus tanpa menggunakan platform manual seperti WhatsApp.

Sepanjang dua tahun Saleskip di pasaran, seramai 30,000 pengguna telah mendapat manfaat mengautomasikan bisnes mereka secara ‘online’ dan memendekkan proses mendapatkan jualan dengan kelengkapan ciri pengambilan pesanan, pengurusan jualan, pembayaran online, integrasi sistem penghantaran segera & kurier serta ciri2 ‘auto follow-up’.

Mohd Fahdi Mohd Ghazali

Sistem Kuasa dengan ciri – ciri yang lebih ‘advance’ diperkenalkan untuk memenuhi keperluan semasa usahawan bersesuaian dengan cabaran pasaran semasa. Antaranya:

a) Kuasa Sales

b) Kuasa CRM c) Kuasa Blast

:‘Sales Funnel’ focus untuk buat jualan berganda dengan sistem ‘upsell’ dan ‘downsell’.

: Urus pelanggan semudah Drag and Drop
:‘Follow Up’ semua pelanggan dengan 1 klik melalui WhatsApp, SMS dan Email.

Pendaftaran ‘Waiting List’ bagi pelancaran ini dibuka bermula 21 Mac 2022 sehingga 31 Mac 2022 disasarkan khas untuk usahawan yang telah pun lama membina bisnes dan individu yang baru memulakan bisnes sama ada sepenuh masa atau separuh masa untuk menjadi individu terawal yang boleh mengakses sistem Kuasa tersebut dan melonjakkan jualan bisnes mereka.

Kepada yang terus melanggan sistem ini semasa pelancaran pada 1 April 2022 antara 10 pagi sehingga 10 malam, mereka akan mendapat 33% diskaun untuk pakej tahunan dan berpeluang mendapatkan hadiah eksklusif iaitu 12 bulan akses percuma untuk 3 pemenang yang bernilai RM2999.

Selain itu, pengguna juga akan memperoleh sesi ”group coaching exclusive” selama 2 jam untuk 100 pemenang yang bernilai RM997. Webinar khas secara ‘online’ untuk umumkan pemenang akan diadakan pada jam 9 malam pada hari yang sama.

Bagi mereka yang berminat untuk tambah pendapatan melalui komisyen, mereka boleh menyertai program affiliate untuk promosikan acara pelancaran platform ini.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila lawati https://saleskip.com/kuasa