Fujifilm Malaysia bekerjasama dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk membina pusat latihan endoskopi pertama di negara ini, seterusnya meningkatkan pendidikan perubatan tempatan serta menyokong perubatan akademik dalam program-program pendidikan.
Dengan persefahaman bersama dan kerjasama antara Fujifilm Malaysia dan PPUM ini, program-program pendidikan dan sesi latihan akan dijalankan untuk pelatih perubatan dan pembedahan, dengan kedua-dua pihak berharap dapat memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pesakit serta meningkatkan pengalaman mereka dengan teknologi endoskopi terkini.
Pengarah Urusan Fujifilm Malaysia, Hiro Matsuura, berkata Fujifilm Malaysia berbesar hati
menyediakan Sistem Endoskopi kepada PPUM dalam usaha pusat perubatan itu membangunkan pasukan perubatan dan pembedahan agar menjadi pakar dalam masa terdekat ini.
“Fujifilm sentiasa mencipta peluang baharu dalam dunia endoskopi dan kami menyumbang dengan ketara kepada pengesanan awal penyakit. Oleh itu, pentingnya kerjasama antara Fujifilm dan PPUM ini untuk mengukuhkan lagi pengetahuan dan kemahiran pasukan.
“Kami amat berharap sesi latihan ini akan mengukuhkan kerjasama antara PPUM dan Fujifilm, meningkatkan interaksi di kalangan pelajar, kakitangan akademik, profesional penjagaan kesihatan dan pemain industri lain yang akhirnya akan memajukan lagi inovasi dan menterjemah penyelidikan untuk meningkatkan penjagaan kesihatan masyarakat,” katanya.
“Adalah penting untuk mendidik doktor muda Perubatan dan Pembedahan bagi membiasakan diri dengan Sistem Endoskopi dengan menggunakan dan mengamalkan simulator latihan untuk mendapatkan lebih banyak pengalaman.
“Kami gembira kerana Fujifilm Malaysia menganjurkan program pendidikan bersama kami,” kata Profesor Dr Ho, pakar dalam Gastroenterologi & Hepatologi PPUM.
Melalui perubahan dalam sosial dan alam sekitar, orang ramai cenderung untuk memberi lebih tumpuan kepada isu kesihatan. Sebagai sebuah syarikat penjagaan kesihatan yang komprehensif, Fujifilm Malaysia telah bertanggungjawab dalam menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti dengan teknologi proprietari termaju.
“Fujifilm Malaysia menyasarkan untuk memenuhi tanggungjawab ekonomi dan undang-undang, berusaha memahami isu alam sekitar dan sosial tempatan, dan menanganinya melalui aktiviti perniagaan kami.
“Dalam industri Sistem Perubatan, Fujifilm telah membangunkan pelbagai penyelesaian penjagaan kesihatan termasuk ‘pencegahan’, ‘diagnosis’ dan ‘rawatan’. Dengan matlamat untuk meningkatkan kehidupan pesakit, syarikat berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti hidup melalui pelbagai produk dan perkhidmatan mereka bagi menyampaikan sumbangan kepada masyarakat dan menyelesaikan cabaran sosial, tambah Matsuura.
Fujifilm terkenal dengan kamera dan filem dan perniagaan perubatan adalah salah satu usaha terbaharu ketika mereka berinovasi dan mempelbagaikan perniagaan mereka. Kempen Never Stop yang dilancarkan tahun lepas di Malaysia bertujuan meningkatkan kesedaran komitmen Fujifilm untuk mencapai pertumbuhan korporat yang mampan dan untuk “Never Stop” membina inovasi dan kepakaran.
Akhirnya, Kumpulan Fujifilm akan meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian
portfolio perniagaannya kepada khalayak yang luas dan keazamannya untuk TIDAK BERHENTI menyahut cabaran untuk menyumbang kepada penyelesaian isu masyarakat, dan meningkatkan kualiti hidup orangramai di seluruh dunia.