Sah untuk 300 orang pelanggan terawal yang menggunakan kod promo “GOLADIES” menerusi aplikasi mudah alih GoCar bermula 1 hingga 31 Mac 2022, ia boleh ditebus
sehingga 30 Jun 2022.

Bagi meraikan Hari Wanita Antarabangsa tahun ini, GoCar Malaysia hari ini mengumumkan kempen GOLADIES kini kembali. Kali ini, kempen tersebut menawarkan penjimatan sebanyak 70 peratus ke atas semua pakej servis asas GoCar Garage bermula sekarang hingga 31 Mac 2022.

Boleh didapati menerusi aplikasi lengkap GoCar, 300 orang pelanggan pertama yang menggunakan kod promo “GOLADIES” akan menikmati kadar istimewa berikut untuk
servis penukaran minyak selama 45 minit.

Kod promo yang hanya boleh digunakan sekali itu sah di antara 1 hingga 31 Mac 2022.
Pelanggan boleh menebus temu janji servis mereka sehingga 30 Jun 2022.

Apabila melakukan servis kereta mereka di GoCar Garage, pelanggan akan menikmati
manfaat tambahan seperti perkhidmatan ambil dan pulang GoValet (yuran minimum
sehingga RM20 akan dikenakan bergantung kepada jarak), penggunaan kenderaan
GoCar selama dua jam secara percuma, sanitasi dan basuh kereta secara percuma,
serta pemeriksaan kenderaan komprehensif bagi membantu memastikan kereta mereka
berada dalam keadaan terbaik.

Pelanggan juga tidak perlu bimbang kerana juruteknik GoCar adalah bertauliah untuk
mengendalikan apa jua jenama dan model kenderaan penumpang dengan kualiti servis
seperti OEM.

Kempen GOLADIES hanya boleh didapati di Lembah Klang. Kenderaan akan diservis di
GoCar Garage Hub di Petaling Jaya.