CROWDFACTOR X adalah rancangan realiti ‘Crowdfunding’ yang akan menampilkan ‘Nation Builders’ terkemuka Malaysia yang akan bertempur untuk pendanaan awam sebanyak USD 1 billion.
Rancangan ini akan mengikut 8 usahawan Malaysia yang dikenali sebagai ‘Nation Builder’ yang akan membentangkan pelan bisnes kepada panel hakim yang disanjungi untuk menilai dan mencari ‘X-factor’ bisnes mereka menentukan siapa pemenang yang akan dinobatkan sebagai ‘Ultimate Nation Builder’.
Ernie Chen, penerbit veteren rancangan ini berkata ‘’Saya dan krew saya akan mempamerkan rancangan yang bukan sahaja menarik dan mempersona penonton, tetapi
juga memberi pengajaran dan nilai-nilai penting kepada semua yang hendak mencapai
tahap kejayaan ‘Nation Builders’ kami.’’

Perbezaan antara ‘Nation Builder’ dan entrepenuer adalah keupayaan mereka untuk
membina bisnes yang berjaya dan juga memupuk dan membangun komuniti di persekitaran mereka.
CROWDFACTOR X bukan sahaja mendidik penonton tentang bagaimana ‘Nation Builders’ kita bangunkan empayar perniagaan mereka, rancangan ini juga akan mempamerkan bahawa mereka telah melabur semula ke komuniti mereka untuk menggalakkan kemajuan dan perpaduan masyarakat sejagat.
Adanya ‘Nation Builders’ dari pelbagai industri seperti Oil & Gas, Pertanian dan Pendidikan,
CROWDFACTOR X membekalkan penonton dengan kepelbagaian industri perniagaan bagi
usahawan kini dan akan datang untuk mengambil tunjuk ajar selok belok dunia perniagaan.
Mereka akan dinilai berdasarkan impak perniagaan mereka terhadap alam sekitar dan langkah-langkah yang diambil untuk mencapai green economy mengikut taraf ideal WHO.
Penaja utama CROWDFACTOR X dan CEO Moneysave, Vincent Soh percaya bahawa, “Rancangan ini adalah luar biasa dan unik, dan juga satu-satunya di persada antarabangsa.”
Beliau berkata, “Misi Moneysave sebagai pendana rancangan ini adalah memperkenalkan penonton kepada pembiayaan alternatif bagi perniagaan selain daripada cara konvensional yang sedia ada”.
CROWDFACTOR X akan ada 3 episod yang bermula dengan 8 ‘Nation Builder’ dan berubah jumlah setiap episod dengan proses pengundian.
Suspen rancangan ini sudah tentu akan menghasut orang ramai untuk terus menonton kerana harapan bahawa ‘Nation Builder’ kegemaran mereka akan menjadi pemenang keseluruhan.
Tayangan perdana CROWDFACTOR X akan dilangsungkan pada 25 Februari ini.