AIA Group Limited (AIA) mengumumkan pelancaran AIA One Billion, sebuah matlamat dan cita-cita berani untuk mencapai penglibatan satu bilion individu agar menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna menjelang tahun 2030.

Sebagai sebuah syarikat insurans hayat dan kesihatan pan-Asia yang terbesar, AIA memulakan sebuah gerakan bagi memperbaiki dan meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan individu serta membantu mewujudkan masa depan yang lebih mampan dan lestari di Asia.

Ketua Pegawai Pemasaran AIA Group, Stuart A. Spencer berkata, “Selama lebih seabad, AIA telah berusaha untuk memberi impak positif dan signifikan kepada para pelanggan dan
komuniti kami.

Pelancaran AIA One Billion memperluaskan lagi matlamat kami untuk membantu orang ramai untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna yang bukan hanya tertumpu kepada pelanggan kami sahaja.

Namun populasi di Asia terus menyaksikan peningkatan dalam penyakit berkaitan gaya hidup yang menyumbang kepada lebih 70 peratus daripada jumlah keseluruhan kematian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan amaran bahawa perubahan iklim akan meningkatkan lagi kadar morbiditi dan kematian, terutamanya di rantau Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif AIA Malaysia, Ben Ng yang juga turut berkongsi sentimen yang sama berkata, “Dua tahun yang lalu telah mengubah cara kita menilai aspek kesihatan dan
kesejahteraan.

Sekarang merupakan masa yang sesuai untuk memastikan bahawa matlamat kami untuk memperkasakan kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti benar-benar dapat memberikan impak kepada semua rakyat Malaysia.

AIA Malaysia berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada gerakan ini. Kami amat komited memainkan peranan dalam menyentuh kehidupan Satu Bilion individu bagi tempoh 8 tahun yang akan datang dan akan sentiasa berusaha membantu rakyat Malaysia mencapai aspirasi kesihatan dan kekayaan mereka.”