Chery Group menyaksikan permulaan tahun yang menggalakkan dengan jualan sebanyak 107,710 unit pada Januari 2022, mewakili peningkatan 20% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas (YoY) dan mencatat bulan Januari terbaik dalam sejarahnya dari segi jualan.

Daripada jumlah tersebut, 26,900 unit dijual di luar China (+60.9% YoY), memaparkan trend perkembangan stabil, terutamanya di pasaran-pasaran utama seperti Rusia, Chile, Brazil dan Mesir, di mana jualan dan bahagian pasaran Chery terus meningkat.

Di Russia, di mana Chery telah beroperasi selama 17 tahun, jualan Januari 2022 telah melonjak 47% YoY, menempatkannya di kedudukan ke-10 antara semua jenama automotif, menurut data Persatuan Perniagaan Eropah (AEB). Tiggo 7 Pro merupakan model terlaris Chery di Rusia pada Januari.

Chery berjaya menduduki tempat kedua di Chile pada Januari dengan jualan 2,969 unit (+188% YoY), mewakili 8% bahagian pasaran, menurut Asociación Nacional Autoriz de Chile A.G. (ANAC). Chery turut mengungguli segmen SUV pada Januari dengan 20.5% bahagian pasaran – model Tiggo 2 menjadi penyumbang terbesar.

Di Brazil, Chery kekal di antara 10 jenama kenderaan penumpang terlaris dengan jualan 3,131 unit (+36.6% YoY) untuk menguasai 3.4% pasaran pada Januari, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Persekutuan Pengedaran Kenderaan Motor Nasional (Fenabrave).

Arrizo 6 Pro menduduki tempat keempat dalam segmen kereta dengan 6.47% penguasaan pasaran, manakala Tiggo 3X, Tiggo 8, Tiggo 5X serta model lain terus mendapat sambutan baik.

Brazil

Di Mesir, jualan Chery turut mencatat peningkatan stabil dengan 1,658 unit (+87.3% YoY) pada Januari, setelah mencapai rekod pada Disember 2021 dengan menduduki tempat ketiga keseluruhan jualan kenderaan. Menurut jenama media Mesir tersohor, Contactcars, 2,186 kenderaan Chery didaftarkan pada Januari.

Setakat ini, terdapat lebih 10 juta pengguna Chery di seluruh dunia, termasuk 1.95
juta pengguna di luar China. Pada 2022, dengan perasmian Chery’s Future Factory
of Intelligent Connected Vehicles, penambahbaikan dari segi teknologi, produk dan
jenama, pelancaran produk baharu seperti OMODA 5 serta pembangunan produk
adaptif dan usaha globalisasi, jualan Chery Group dijangka melangkah ke tahap
baharu.