Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) melancarkan kad kredit maya Visa Platinum Alliance Bank, kad kredit maya pertama di Malaysia untuk kegunaan individu yang ditawarkan melalui aplikasi gaya hidup pengguna.
Buat masa ini, kad kredit maya ini membolehkan pelanggan membuat pembayaran JomPAY
dan kod QR serta mengakses perkhidmatan pendahuluan tunai melalui aplikasi mudah alih
MCash tanpa memerlukan kad kredit fizikal.
“Seiring dengan cadangan nilai “Bank Dalam Poket Anda”, kad kredit maya Visa Platinum
Alliance Bank merupakan penawaran terkini dalam rangkaian inovasi digital kami untuk
memberikan perkhidmatan yang pantas, mudah dan responsif, dan juga mesra ESG.
“Kami ingin pelanggan kami mempunyai akses kepada perkhidmatan pendahuluan tunai secara selamat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja menerusi telefon bimbit mereka,” kata Gan Pai Li, Ketua Pegawai Perbankan Pengguna Kumpulan Alliance Bank.
“Tidak lama lagi kami akan meningkatkan ciri-ciri kad untuk membolehkan transaksi e-
dagang, perkhidmatan penstriman dan langganan bagi memenuhi keperluan gaya hidup para pelanggan kami,” katanya.
Pelanggan boleh memohon kad kredit maya Visa Platinum Alliance Bank melalui aplikasi
mudah alih MCash yang terdapat di Google Play dan Apple App Store. Sebagai sebahagian
daripada proses permohonan, pelanggan dikehendaki memuat naik salinan digital dokumen
sokongan seperti penyata KWSP atau slip gaji.
Para pemohon yang berjaya akan diberitahu melalui pemberitahuan secara automatik. Tambahan pula, para pelanggan yang menggunakan perkhidmatan pendahuluan tunai boleh menerima dana yang diminta melalui mana-mana akaun simpanan tempatan apabila permohonan mereka diluluskan.
“Kami teruja dengan MCash eWallet yang turut berkongsi visi ‘Bank Dalam Poket Anda’ dan
telah bersetuju untuk bekerjasama dengan kami dalam menyediakan pengalaman bayaran
secara digital yang lancar kepada para pelanggan kami,” katanya lagi.