Volvo Car Malaysia melancarkan varian baharu Volvo XC90 B5 Inscription Plus, SUV hibrid-ringan di bawah kenderaan segmen B. Varian baharu ini tersedia sebagai tambahan kepada barisan kenderaan Volvo XC90 Recharge T8 Inscription Plus.
Dengan rangkaian kuasa elektrik bersepadu, Volvo XC90 B5 Inscription Plus menggabungkan sistem brek tenaga kinetik dengan enjin pembakaran dalaman sedia ada
untuk mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan emisi.
Dilengkapi dengan enjin pengecas turbo 4-silinder yang dipacu oleh transmisi automatik 8-kelajuan dengan Geartronic, Volvo XC90 B5 Inscription Plus menghasilkan output 249hp dan 350Nm tork.
Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, berkata: “Kami teruja untuk mengukuhkan barisan XC90 kami dengan pengenalan hibrid-ringan terbaharu.
Varian
baharu ini memberikan fleksibiliti kepada pelanggan untuk memilih rangkaian kuasa yang
sesuai dengan keperluan mereka.”
Volvo XC90 B5 Inscription Plus mengekalkan ciri unik Volvo iaitu kamera pandangan keliling
360°, roda 20” dan sistem bunyi Bowers & Wilkins.
Model kereta itu turut dilengkapi ciri keselamatan seperti Bantuan Kekal Lorong, Amaran Trafik Lintang serta Brek Kecemasan Autonomous dan Sokongan Stereng sekali gus menggariskan komitmen Volvo Car Malaysia
untuk membangunkan kereta paling selamat.
Dengan harga bermula dari RM386,842.12, Volvo XC90 B5 didatangkan dalam empat
warna berbeza dan kini tersedia untuk tempahan di semua pengedar sah Volvo di
Semenanjung Malaysia.
Di Timur Malaysia pula, Volvo XC90 B5 akan tersedia di bilik pameran mulai 5 Mac depan. Pembeli boleh membuat tempahan pandu uji melalui laman web www.volvocars.com/my.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di
Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram http://bit.ly/VolvoMY-IG.