Sekiranya anda terlepas pengumuman sebelum ini, Samsung Malaysia telah berkolaborasi
dengan Championfy, sebuah platform Esport yang menganjurkan pertandingan di Samsung
Arena untuk memberi peluang kepada pemain untuk memenangi hadiah seperti Galaxy A22 4G, Galaxy A22 5G, Galaxy A32 5G, e-Baucar bernilai sehingga RM150, dan lebih banyak lagi apabila anda bermain game di Samsung Arena.

Pertandingan ini akan berakhir pada 28 Januari 2022, jadi jangan lepaskan peluang ini!
Jika anda masih belum menyertai, anda boleh berbuat demikian dengan mengikuti langkah-langkah mudah di bawah:

1. Muat turun aplikasi Championfy, daftar dan sertai Samsung Arena yang dianjurkan oleh
Championfy. Selepas menyertai satu pertandingan yang dianjurkan oleh Samsung Arena, setiap peserta akan menerima e-baucar 1 Samsung bernilai sehingga RM150 melalui aplikasi tersebut. Peserta perlu berusia 18 tahun dan ke atas dan adalah warganegara Malaysia.
2. Tiga pemenang utama akan memenangi hadiah mingguan sebagai tambahan kepada e-
Baucar yang telah dimenangi. Anda boleh mengambil bahagian dalam senarai kejohanan di bawah:
 Minggu 6 (8 Januari – 14 Januari): Aztec Treasure
 Minggu 7 (15 Januari – 21 Januari): Jewel Block
 Minggu 8 (22 Januari – 28 Januari): Knife Ninja

Lihat hadiah-hadiah yang bakal dimenangi

Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang terakhir anda dan menang hari ini! Untuk
maklumat lanjut mengenai Samsung x Championfy, sila layari:
https://shop.samsung.com/my/eStore-promotion/championfy