Pengerusi NGO Antarabangsa yang juga Profesor Adjung UMT, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican mengadakan pertemuan dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Parlimen dan Undang-Undang Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di pejabatnya hari ini.

Dalam pertemuan itu, pelbagai isu berkaitan undang-undang turut disentuh antaranya isu timbang tara di mana Malaysia adalah negara pertama memperkenalkan Dasar Timbang Tara secara islamik mengikut cara model Malaysia yang boleh digunakan sebagai panduan untuk menyelesaikan pertikaian di peringkat global.

“Kita mempunyai satu-satunya di dunia Dasar Timbang Tara mengikut kaedah Islam di perkenalkan. Justeru, kita sedia bekerjasama dengan semua negara termasuk negara Islam di Asia Barat,” katanya Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurutnya, timbang tara tahun lalu membentangkan pendekatan prinsip Syariah yang diterima pakai di seluruh dunia.

Mustapha (kiri) bersama buku timbang tara dari Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam pertemuan di pejabatnya, hari ini

Timbang tara ada berkaitan pertikaian kontrak perniagaan dan lain-lain pertikaian yang diselesaikan melalui Timbang tara tanpa pergi Ke mahkamah yang akan mengambil masa yang agak lama dengan kos yang besar.

Konsep timbang tara dapat menjimatkan masa dan kos pun lebih rendah selain itu semua pihak dapat menyelesaikan permasalahan dengan cara baik. Malaysia menyokong penubuhan pusat timbang tara di Kuala Lumpur untuk komersial dan pada September tahun lalu pelancaran Pusat Timbang Tara cara Islami dilancarkan bagi tujuan memperkenalkan konsep Islam kaedah Timbang Tara.

Sementara itu, Mustapha berharap pusat timbang tara ini dapat mengadakan lebih banyak seminar dan program supaya masyarakat Kita lebih memahami penubuhannya, kaedah dan kebaikan yang boleh dimanafat untuk rakyat Malaysia.

“Selain itu, konsep ini perlu dibawa dalam persidangan besar di peringkat antarabangsa supaya masyarakat antarabangsa memahami konsep Islami ini adil kepada semua pihak,” katanya.